Jenuh jugak nak cari tempat yang memberi kemudakan untuk pelancong bergambar dengan hanbok, mujur ada tourist police yang membantu menunjukkan jalan. Siap bagi map lagi untuk rujukan kami.
dan kami tersesat di jalan yang benar
Kokdu Traditional House adalah salah satu branch The Kokdu Museum yang terletak di Dongsoong Art Center, Daehangno. Dengan bayaran masuk 3k ₩, kami dapat melihat kawasan sekitar galeri tersebut dan bergambar dengan hanbok.
Kokdu Traditional House
Baju yang saya pakai ni sebenarnya size kanak-kanak. Tak pasti sama ada kanak-kanak Korea yang besar sangat atau saya yang kecil sangat
Achievement unlock! Seterusnya kami ke Changdeokgung Palace. Dari Bukchon Hanok Village kami menaiki teksi untuk sampai ke sana. Basically semua palace di Seoul ni lebih kurang sahaja, struktur binaan barangkali sejarahnya yang sedikit berbeza. So kalau anda dapat mengunjungi salah satu daripada Five Grand Palaces ini sudah cukup memadai.
Teksi Korea, masuk rasa tak nak keluar.
Dari Changdeokgung kami terus ke Insadong menaiki teksi. Insadong ni lebih kurang macam Pasar Seni. Banyak barangan cenderahati dijual di sini, tapi harganya sedikit mahal berbanding di Namdaemun market.
Baju, bag dan shawl pun ada. Serius shawl dan bag dia lawa-lawa dan banyak pilihan. Sempat sambar clutch bag 10k ₩. Dayana dengan Fatin dah hilang dan tengelam di kedai casing phone. Fuuuh lama gila tunggu diorang pilih casing phone. Mujur la kuat iman, kalau tak memang dah berhelai-helai dah shawl saya borong kat sini.
Sedang sibuk mencuci mata, kami disapa seorang pelajar Korea yang sedang membuat survey berkenaan Future Insadong. Sempat bersembang dan bertukar FB. Dia bertanya "tak panas ka pakai ni?" sambil menunjukan tudung yang kami pakai. Barangkali tak punya idea tentang apa yang kami pakai di kepala. Kami pun terangkan dengan ringkas supaya dia faham kenapa perlunya kami memakai scarf untuk melitupi kepala.
Tetiba rasa macam bangga pulak bila ada orang tanya, bila ada orang ingin tahu pasal agama kita. Mungkin Islam itu sendiri terlalu asing buat penduduk Korea. Sejujurnya kadang-kadang rasa cemburu dengan student muslim kat sana yang ada inisiatif untuk melebarkan sayap-sayap Islam dengan memberi kefahaman kepada penduduk kat sana yang Islam ni agama universal dan bukanya agama terrorist yang selalu digembar-gemburkan oleh negara-negara barat.
Ok back to our journey, dalam pukul 4.00 petang kami bertolak balik ke rumah Shaqifah. Siap-siap, pack barang, solat dan bertolak ke Gimpo Airport untuk ke Jeju Island. Flight kami pukul 7.30 malam.
Jeju adalah satu kepulauan kecil di selatan Korea. Ramai orang kata pulau ni sangat cantik. Pada mulanya saya macam berat hati nak ke sana disebabkan sukar untuk mendapatkan public transport. Tourist attaction dia pun jauh-jauh jika nak dibandingkan dengan Seoul. Tapi bila mengenangkan dah alang-alang pergi Seoul, redah je la sekali ke Jeju.
Kami ke Jeju dengan menaiki penerbangan Eastarjet. Eastarjet ni antara penerbangan tambang murah di Korea. Ada jugak beberapa penerbangan lain macam Korean Air, Asiana dan Jeju Air. Tips: kalau nak ke Jeju book tiket awal-awal. Dulu masa nak book tiket ke Jeju, habis semua syarikat penerbangan saya subcribe untuk dapatkan info pasal tiket murah. Akhirnya kami berjaya book tiket pergi balik dengan harga RM 210 per person.
Perjalanan ke Jeju mengambil masa dalam sejam. Tiba sahaja di aiport, Mr Kim sudah sedia menanti kedatangan kami dengan buah limau Jeju sebagai cenderahati. Saya kenal Mr Kim melalui review yang diberikan oleh kawan-kawan di website TripAdvisor. Pada awalnya saya nak book Mr Kim Ki Hyung, tapi dia bercuti pulak pada tarikh trip kami lalu mencadangkan kawanya Mr Kim Hak Seong.
Untuk malam pertama kami memilih Goodstay Namguk Hotel yang terletak di kawasan Seogwipo. Hotel ni sedikit jauh daripada airport. Sengaja kami memilih hotel di kawasan Seogwipo sebab kebanyak tourist attraction di sini dekat-dekat.
Korean style family room di Goodstay Namguk Hotel. Tidur atas toto je yek, feeling macam orang Korea gitu.
Malam masih muda, saya dan dayana ambil peluang untuk menikmati suasana malam di sekitar kawasan Seogwipo. Fatin tak nak ikut sebab keletihan, dia memilih untuk berehat di bilik sahaja. Hotel ni memang dekat dengan pekan, malangnya banyak deretan kedai yang dah tutup. Ada pun cuma restoran atau gerai-gerai makan yang masih beroperasi.
Alhamdulillah, selesai cerita hari ke lima kami. InsyaAllah sambung lagi dengan pengalaman kami di Pulau Jeju ;)
Alhamdulillah, selesai cerita hari ke lima kami. InsyaAllah sambung lagi dengan pengalaman kami di Pulau Jeju ;)