Sunday, September 28, 2014

Lesson #8














Beginilah tarbiyah, pesan Dr. Har
Sedikit-sedikit...









 

Thursday, September 18, 2014

Andai bukan kerana kasih Mu Tuhan, pasti aku sudah berputus asa!

Hampir seminggu yang lalu, rumah saya dimasuki orang. Banyak yang hilang termasuk dslr saya. Sedihnya Tuhan yang tahu. Berhari-hari saya cuba untuk terus positif. Yakin segala apa yang Allah bagi adalah kebaikkan dan setiap nikmat yang Allah tarik pasti ada ganti yang lebih baik.

Tapi bila terkenang apa yang saya usahakan selama ini lenyap, terasa down sekejab. Kadang-kadang terasa susah nak pujuk diri sendiri. Kadang-kadang susah nak ingatkan diri sendiri, sesulit apa pun hari, Allah itu selalu ada. Selalu!

Baiknya Tuhan, kirimkan saya orang-orang yang baik hatinya. Tak putus-putus yang bertanya andai saya memerlukan apa-apa pertolongan. Mengenangkan mereka adakalanya membuatkan saya sebak dan segala kebaikkan mereka membuat saya rasa bersalah untuk bersedih lebih lama. Allah andai bukan kerana kasih Mu Tuhan, pasti saya sudah berputus asa.

Terima kasih atas doa yang tak pernah putus, atas semua bantuan biar sekecil apapun, atas usaha dan cubaan untuk buat saya gelak dan lupakan sedikit kesedihan; saya sangat-sangat hargainya. Sesukar apa sekalipun, saya harap saya tak akan lupa segala kebaikkann mereka dan semoga Allah limpahkan kembali kebaikkan kepada mereka di dunia dan akhirat.

Banyak yang saya hilang, tapi lebih banyak yang Tuhan ganti!

Pesan emak, jalan nak senang tu tak mudah…

Let’s move on,  go back to the start and begin again