Friday, February 6, 2015

Sepatu merah untuk Delisha



Hari itu saat pulang dari kerja, saya lihat sepatu merah awak masih disitu. Comel, elok tersimpan dalam bekas plastik berbentuk hati atas rak kasut. Sedikit berhabuk kerana terlalu lama tidak berusik. Teringat kata-kata opah tiap kali singgah ke rumah, “Bila la tuanya nak balik”

8 bulan awak di hospital, dalam hati kami masih menyimpan harapan agar awak bisa sembuh macam anak-anak lain. Sihat membesar dan berlari untuk melihat dunia.

Dan segalanya atas kuasa Allah. Sehebat mana sekalipun usaha kami untuk melihat awak pulih andai tertulis waktunya sampai disitu, maka disitulah segalanya berakhir. Subuh itu awak pergi.

Sombongnya awak, sekali pun tak pernah mahu untuk pulang ke rumah. Awak pulang hanya untuk pergi buat selamanya.

Allah, mudahnya syurga untuk awak Delisha, sedangkan kami masih harus berlelah-lelah dengan segala luka dunia.

Al-Fatihah
Nur Delisha Imani Saiful
April 2014-Februari 2015