Lama betul tak menjengah ke sini. Saya ingatkan tahun ini saya banyak menulis tapi nak tergelak bila tengok post terakhir adalah hari ke empat di tahun 2018. Hari ini masih berbaki 3 hari sebelum menjengah ke tahun 2019 dan saya memaksa diri untuk menulis sesuatu.
Tak tahu nak describe macam mana hectic nya hidup saya sepanjang tahun ni. Back to back project since March, dari Cyberjaya sampailah ke Shah Alam. Rasa macam tak sempat bernafas but amazingly still alive hahaha.
Itu belum masuk bab kerja-kerja freelance lagi. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus. But I wish I can write more, tapi masa selalu tak mengizinkan. Di hujung hari, kadang-kadang termenung sekejab, tak tahu lah semua kesibukkan ini untuk apa. Moga ia bukan sekadar untuk dunia.
----
23 December yang lepas, genap lapan tahun bekerja di eCEOs. Company pertama saya selepas tamat belajar. Kagum jugak dengan diri sendiri, mampu bertahan sebegini lama biarpun banyak harinya rasa macam nak give up jugak kadang-kadang.
Beberapa bulan lepas salah seorang VP kami retired. Hari terakhirnya sewaktu saya masih di Vietnam, on assessment tour leader (TL).
Saya ingat last sekali saya jumpa En Nazeli, he did informed about his retirement especially to our team yang pernah report direct to him. Bukan sesuatu yang mengejutkan untuk saya, sebab dia memang pernah share pasal retirement plan tu few times dengan kami.
Tapi rasa ralat jugak tak dapat celebrate farewell En Nazeli since dia dah macam ayah-ayah je dengan kitorang. Tiap pagi kalau nak bancuh air kat pantry, selalu nampak dia kat dalam bilik. Tapi sekarang sayu je tengok bilik dia gelap dan kosong tiada berpenghuni.
Satu benda En Nazeli pesan dekat saya: "Jalan kita ni Allah dah susun cantik".
Saya tahu dan saya sedar hidup kita ni macam puzzle, dan saya pun struggle mencari-cari cebisan puzzle saya yang hilang.
----
8 Tahun di sini dan apa maknanya buat saya?
Susah nak describe perasaanya seperti apa. Saya masih ingat pertama kali kena masuk meeting dekat project. Seorang budak hingusan kena tinggal dengan senior, sebab senior balik awal haha (padan muka). Dalam bilik meeting tu semua SME dan consultant hebat-hebat yang bertahun-tahun pengalaman. Terasa kerdil seperti semut, peluh jantan keluar, nervousnya kena soal tak payah cakaplah, Tuhan ajelah yang tahu.
Tahun kedua, kakak senior beranak. Saya kena ganti dia untuk lead. Time tu pulak ada issue dengan data privacy yang entah macam mana portal yang sepatutnya di setkan private terpublish dekat public. Semua orang hilangkan diri dan saya orang yang dikambing hitamkan. Disuruh mengadap client beri jawapan.
Tapi saya terpaksa mengaku, tahun itu adalah tahun terbaik antara semua. Work with the best team, dapat bos yang sangat friendly dan bannyak benda baru yang dia share pada kami masa tu. Every week ada casual breakfast untuk dia follow up issue dan semua pending item yang kami perlu siapkan.
Tahun ketiga saya minta ditukarkan ke team lain. Memang waktu tu rasa macam dah tepu sangat. Pujuk punya pujuk, tarik tali sana sini last sekali bos pun bagi tukar yang waktu tu kebetulan team BI memang perlukan orang.
Ada project ok, ada project huru hara dan haru biru. Sabtu, ahad pun kena kerja, hari-hari balik pukul dua, tiga pagi nak kejar go live date. Sampai satu tahap saya rasa dah macam alien tak cukup rehat.
8 tahun yang berlalu saya saksikan banyak benda dan jumpa ramai orang yang ragamnya bermacam-macam. Ada yang depan cakap lain, belakang keluar cerita lain. Ada yang kaki kipas bos dan tikam team mates sendiri. Ada yang pandai cakap je, tapi kerja tak jalan. Ada yang selalu curi tulang, lepas tu claim kredit atas usaha orang lain. Ada yang request macam-macam tapi tak nak bayar service. Tapi banyak harinya kau perlu jadi kambing hitam untuk bagi peluang client kau nampak bagus depan bos dia.
Itu yang selalunya
Kalau dilayankan sangat perasaan, tak larat dah nak terasa hati. Bagi saya kalau hal kerja nak bergaduh hentak-hentak meja pun tak jadi masalah (kalau adalah). Tak simpan dalam hati pun, habis project tutup buku still boleh kawan, sembang-sembang tentang hal seputar alam.
Tapi tak dinafikan jugak, selama 8 tahun ni ramai je orang-orang baik yang saya rasa dia betul-betul ikhlas dengan kerja dia. Yang selalu hulur tangan bagi pertolongan saat kau rasa macam dah nak lemas dekat lautan paling dalam (haha). Nice people still exist anyway dan saya banyak belajar dari mereka.
Untuk lapan tahun yang sudah berlalu saya cuma mahu simpan kenangan yang baik-baik dan perjalanan saya masih panjang (dan masih berkabus semestinya).
----
Jumaat lepas eCEOs buat Hi-Tea dekat Armada Hotel, celebrate 11th year of anniversary. Alhamdulillah tersenarai sebagai penerima Long Service Award dan menang cabutan bertuah Smart TV.
Di hujung majlis sempat catch up dengan bos perihal performance tahun 2018 biarpun selama ini tak pernah kisah pun berapa rating yang saya dapat tiap kali lepas performance appraisal. Dan untuk ke sekian kalinya, setelah lapan tahun saya masih lagi belum mampu menjawab dengan jelas bila ditanya apa yang saya nak fokus untuk develop my career path.
krik krik krik
Yang masih tak nampak jalan,
Norizan Syahnan
Friday, December 28, 2018
8 Tahun dan sebuah perjalanan
Thursday, January 4, 2018
Mémoire of Trans Japan Korea #6
Dalam banyak banyak trip yang pernah saya plan, trip trans Jepun-Korea ni rasanya yang paling mencabar. Last minute banyak pulak yang tak menjadi. Ferry murah yang sepatutnya kami book untuk ke Busan, tiba-tiba closed service untuk annual maintenance. Niat asal nak bercouch surfing , tiba-tiba host cancel request. Kelam kabut mencari alternatif lain utk bermalam.
Memang tak tahu nak expect apa bila ter travel masa golden week. Harga tiket naik, tiket bas dengan ferry habis. Hostel semua penuh sebab orang banyak bercuti.Habis pusing dah mencari contigency plan.
Tak tahu macam mana nak ungkapkan perasaan saya ketika sampai sini. Bergenang-genang air mata cuba menahan tangis. Sungguh perjalanan ini sangat panjang dan macam-macam yang kami tempuh untuk sampai ke sini. Melangkah masuk ke dalam taman, berjalan di bawah kuntuman wisteria dan menikmati haruman bunganya yang mewangi seakan mengubat lelah disepanjang jalan.
Mana mungkin saya lupa, malam sebelumnya saat pemandu bas ekpress menurunkan kami di Stesen Kokura Minami Interchange Station. Saya masih ingat malam itu kami tiba lebih hampir pukul 10 malam. Sungguh ini terlalu jauh dari apa yang saya sangkakan. Perhentian bas kecil tepi padang yang saya nampak dalam kesamaran malam seakan bendang. Suasana gelap gelita jauh dari pekan. Tiada kenderaan yang lalu lalang melainkan bas ekpress yang baru sahaja meninggalkan kami sebentar tadi.
Mahu tergelak sendirian. Awal-awal lagi saya sudah pesan pada dua travelmate saya sedari kami di Sapporo. Saya tak tahu nak expect apa dekat Kitakyushu, yang saya pasti kita kena sampai ke Wisteria Garden. Walau macam mana sekalipun, nekad!
Travel mate saya yang sorang tu masih belum habis-habis mengomel, sangkanya pemandu bas tersalah turunkan kami ke stesen ini. Dalam kepekatan malam kami berjalan menuju ke arah cahaya lampu yang nampak dari kejauhan. Dari Stesen Kokura Minami Interchange Station lebih 10 KM nak sampai ke hostel yang kami booking.
Pada asalnya ingin terus berjalan ke stesen kereta api yang berdekatan. Namun memikirkan waktu operasi kereta api sudah hampir tamat, kami mencari alternatif lain. Waktu itu bas yang lalu lalang pun dah tutup pintu, tak mahu ambil penumpang. Solusi terakhir sama ada tahan apa sahaja kereta yang lalu ataupun naik teksi.
Mujur ada teksi yang mahu berhenti! Malam itu memang betul-betul mencipta sejarah baru buat kami bertiga, menaiki teksi paling mahal dalam dunia. 2,590 JPY untuk jarak 8 KM lebih. Tolong jangan convert! Pejam mata dan bayar sahaja.
Akhirnya berjaya jugak sampai ke Hostel. Selesai satu masalah!
Tapi ada satu lagi masalah lain. Sepatutnya kami merancang nak stay dengan local people yang saya kenal melalui Couchsurfing. Tapi last minit, host cancel sebab...malas nak cerita sebab dia. Huznuzon aje lah. Makanya terkontang kanting la kami bertiga mencari tempat bermalam. Bermacam-macam tempat kami cari, dari hostel, hotel, karaoke box, cyber cafe, surau mahupun masjid. Dua tiga kali up status dekat FB, kot la ada kawan-kawan atau rakyat Malaysia yang stay dekat Jepun boleh tolong.
Cuti Golden week punya pasal, hampir 99% hostel dekat area ni penuh. Kalau ada pun, di luar kemampuan kami bertiga. Itupun sangat last minit baru dapat booking womens dorm untuk dua orang yang kebetulan ada orang cancel sehari sebelum kami sampai.
Merayu-rayu dekat staff hostel tu minta belas ihsan nak tumpang bermalam untuk sorang lagi kawan lelaki kami. Tak dapat bilik, boleh tidur kat ruang tamu or pantry pun tak mengapa. Kalau semuanya penuh, tumpang tidur kat sofa depan kaunter reception pun kami boleh terima. Hahaha boleh bayang dak betapa desperatenya kami waktu tu.
Kesian sangat dengan kami gamaknya, last sekali Manager hostel Little Asia Kokura ni bagi je kawan saya tidur dekat ruang makan dengan sewa 500 JPY siap diberikan comforter dan bantal. Fuh lega sangaat lepas tu!
Sungguh pejalanan panjang malam itu banyak bagi pengajaran dekat saya. Kita ni manusia hanya mampu merancang. Disebalik semua musibah dan ketidak tahuan kita tentang sesuatu perkara, Allah dah aturkan bahagian-bahagianya untuk kita. Cuma ada halnya kita kena usaha dahulu sebelum benar-benar beserah pada Dia.
Hidup itu memang begitu ye dak, berlelah-lelah dahulu. Nikmat manisnya
hidup terasa setelah lelah berjuang. Moga semua yang berlaku menjadi
kenangan yang indah untuk dikenang-kenang dihari kemudian.
4 May 2017,
Kitakyushu, Japan

Credit photo to kak Huzai
4 May 2017,
Kitakyushu, Japan
Subscribe to:
Posts (Atom)