Memang tak tahu nak expect apa bila ter travel masa golden week. Harga tiket naik, tiket bas dengan ferry habis. Hostel semua penuh sebab orang banyak bercuti.Habis pusing dah mencari contigency plan.
Tak tahu macam mana nak ungkapkan perasaan saya ketika sampai sini. Bergenang-genang air mata cuba menahan tangis. Sungguh perjalanan ini sangat panjang dan macam-macam yang kami tempuh untuk sampai ke sini. Melangkah masuk ke dalam taman, berjalan di bawah kuntuman wisteria dan menikmati haruman bunganya yang mewangi seakan mengubat lelah disepanjang jalan.
Mana mungkin saya lupa, malam sebelumnya saat pemandu bas ekpress menurunkan kami di Stesen Kokura Minami Interchange Station. Saya masih ingat malam itu kami tiba lebih hampir pukul 10 malam. Sungguh ini terlalu jauh dari apa yang saya sangkakan. Perhentian bas kecil tepi padang yang saya nampak dalam kesamaran malam seakan bendang. Suasana gelap gelita jauh dari pekan. Tiada kenderaan yang lalu lalang melainkan bas ekpress yang baru sahaja meninggalkan kami sebentar tadi.
Mahu tergelak sendirian. Awal-awal lagi saya sudah pesan pada dua travelmate saya sedari kami di Sapporo. Saya tak tahu nak expect apa dekat Kitakyushu, yang saya pasti kita kena sampai ke Wisteria Garden. Walau macam mana sekalipun, nekad!
Travel mate saya yang sorang tu masih belum habis-habis mengomel, sangkanya pemandu bas tersalah turunkan kami ke stesen ini. Dalam kepekatan malam kami berjalan menuju ke arah cahaya lampu yang nampak dari kejauhan. Dari Stesen Kokura Minami Interchange Station lebih 10 KM nak sampai ke hostel yang kami booking.
Pada asalnya ingin terus berjalan ke stesen kereta api yang berdekatan. Namun memikirkan waktu operasi kereta api sudah hampir tamat, kami mencari alternatif lain. Waktu itu bas yang lalu lalang pun dah tutup pintu, tak mahu ambil penumpang. Solusi terakhir sama ada tahan apa sahaja kereta yang lalu ataupun naik teksi.
Mujur ada teksi yang mahu berhenti! Malam itu memang betul-betul mencipta sejarah baru buat kami bertiga, menaiki teksi paling mahal dalam dunia. 2,590 JPY untuk jarak 8 KM lebih. Tolong jangan convert! Pejam mata dan bayar sahaja.
Akhirnya berjaya jugak sampai ke Hostel. Selesai satu masalah!
Tapi ada satu lagi masalah lain. Sepatutnya kami merancang nak stay dengan local people yang saya kenal melalui Couchsurfing. Tapi last minit, host cancel sebab...malas nak cerita sebab dia. Huznuzon aje lah. Makanya terkontang kanting la kami bertiga mencari tempat bermalam. Bermacam-macam tempat kami cari, dari hostel, hotel, karaoke box, cyber cafe, surau mahupun masjid. Dua tiga kali up status dekat FB, kot la ada kawan-kawan atau rakyat Malaysia yang stay dekat Jepun boleh tolong.
Cuti Golden week punya pasal, hampir 99% hostel dekat area ni penuh. Kalau ada pun, di luar kemampuan kami bertiga. Itupun sangat last minit baru dapat booking womens dorm untuk dua orang yang kebetulan ada orang cancel sehari sebelum kami sampai.
Merayu-rayu dekat staff hostel tu minta belas ihsan nak tumpang bermalam untuk sorang lagi kawan lelaki kami. Tak dapat bilik, boleh tidur kat ruang tamu or pantry pun tak mengapa. Kalau semuanya penuh, tumpang tidur kat sofa depan kaunter reception pun kami boleh terima. Hahaha boleh bayang dak betapa desperatenya kami waktu tu.
Kesian sangat dengan kami gamaknya, last sekali Manager hostel Little Asia Kokura ni bagi je kawan saya tidur dekat ruang makan dengan sewa 500 JPY siap diberikan comforter dan bantal. Fuh lega sangaat lepas tu!
Sungguh pejalanan panjang malam itu banyak bagi pengajaran dekat saya. Kita ni manusia hanya mampu merancang. Disebalik semua musibah dan ketidak tahuan kita tentang sesuatu perkara, Allah dah aturkan bahagian-bahagianya untuk kita. Cuma ada halnya kita kena usaha dahulu sebelum benar-benar beserah pada Dia.
Credit photo to kak Huzai
4 May 2017,
Kitakyushu, Japan