Pagi tu saya
keluar hostel agak awal. Hajat hati nak melawat Rainbow village awal pagi,
tidaklah nanti bersesak-sesak dengan orang ramai memandangkan tempat yang saya
lawati tu antara tourist spot yang agak terkenal di Taichung ditambah pula
dengan lokasi lain yang saya nak pergi memang jauh-jauh belaka. Jadi saya
mulakan hari dengan tempat yang lebih dekat dahulu.
Dari
Taichung Station saya menuju ke Xinwuri Station dengan menggunakan train.
Sampai sahaja di Xinwuri berkejaran saya mencari platform bus untuk ke Rainbow
village. Memang sepanjang beberapa hari di Taiwan, saya sangat bergantung
dengan google map untuk ke satu-satu tempat. Timing dia pun sangat accurate.
Kalau google map cakap lagi 5 minit bas akan sampai, makan 5 minit kemudian
nampaklah bas yang ditunggu-tunggu tu.
Instead of
ambil bas nombor 800, saya ambil bas lain yang dicadangkan oleh google map.
Waktu tu memang ada beberapa local people yang tunggu di platform yang sama.
Tiba masanya, bas pun sampai. 2 orang yang bersama-sama saya tadi naik nak
touch easy card dia orang sambil bertanyakan sesuatu pada driver bas.
Tak pasti
apa yang driver tu bagitahu. Tapi dua wanita tadi turun kembali. So nampak
mereka turun dari bas, saya pun tak jadi nak naik. Mungkin servis bas dah ni
dah habis kot, teka saya tanpa bertanya lanjut. Bas tu pun berlalu, elok selang
beberapa minit bas nombor yang sama sampai. Dua wanita tadi naik dan terus
ambil tempat duduk. Saya pun ikut sekali.
Laju bas
bergerak, tapi yang anehnya bus yang saya naik mengahala balik ke pusat bandar.
Sepatutnya dari stesen bas tadi tinggal 3 lagi station nak sampai ke Rainbow
Village. Ah sudah salah naik bas la gamaknya ni, terus saya tekan loceng dan
berhenti di stesen bas yang berdekatan. Lepas ke hulur hilir mencari arah dan
jugak bas lain, akhirnya berjaya jugak sampai ke tempat yang ingin saya tuju.
Sampai-sampai matahari dah tegak atas kepala, orang pun dah ramai membanjiri
kawasan Rainbow Village ni.
Itulah
padahnya, ikut-ikut orang tanpa tahu tujuan orang tu nak ke mana. Saya
tersenyum mengenang kebodohan sendiri. Hidup kita ni ada jalannya yang
tersendiri. Bukan semua mempunyai destinasi yang sama. Ada yang nak ke timur,
ada yang nak ke barat.
Tapi lumrah
manusia itu memang macam tu kan, begitu mudah benar terikut-ikut. Ikut tanpa
tahu tujuanya ke mana. Sekadar ikut sebab tak mahu terasing dalam keramaian.
Orang pergi makan kedai hipster, kau pun nak makan jugak. Orang beli baju
branded, kau pun beli jugak biarpun poket kau rabak. Orang beli kereta mewah,
kau pun tak nak kalah. Bila kawan-kawan kau semua dah kawin, kau pun nak kawin
jugak (eh!). Tanpa sedar kau sendiri pun tak pasti semua yang kau buat ni untuk
apa sebenarnya?
Tidak salah menyongsang
arus dan tiada salahnya juga menjadi yang asing.
Selagi mana
kau tahu ke mana arah yang ingin kau tuju, insyaAllah selamanya kau tak akan
sesat.
September 2019
Taichung, Taiwan