Monday, October 26, 2009

1988 - 2009 = 21

Selamat Hari Jadi NORIZAN. Umur kamu sudah bertambah satu tahun lagi.


Aku agak terkejut apabila teman-teman In-Smartive merancang untuk membuat supprise party untuk aku, paan dan juga adam yang turut meraikan ulang tahun mereka pada bulan Oktober. 21 tahun aku hidup inilah pertama kali orang meraikan hari jadi aku. Simple but so sweet. Terima kasih sangat-sangat.

Acapkali bila tiba ulang tahun kelahiran, aku teringat akan seseorang

E M A K


Entah kenapa hati aku sangat terpanggil untuk menghubungi emak. Aku yakin emak pasti lupa. Telefon ku capai nombor emak ku dail. Di hujung sana kedengaran emak begitu ceria seperti selalunya. Bercerita tentang itu dan ini. Mulut aku terasa berat, namun ku luahkan juga:
“mak hari ni hari jadi jan”
“owh a’ah. Selamat hari jadi semoga panjang umur, murah rezeki” ucap emak
Lama aku senyap menahan sebak
“mak terima kasih eh lahir kan jan, besarkan jan. Jan minta maaf kalau ada buat salah silap ngan mak” air mata ku menitis
Dihujung talian kedengaran sayup suara emak “a’ah, tak pe mak maafkan”
“ok lah mak, kirim salam kat ayah eh, assalamualaikum” Makin lama, makin sebak aku dibuatnya segera talian ku putuskan

Terlepas jua apa yang terbuku di hati aku. 21 tahun aku simpan akhirnya hari ini aku ucapkan
T E R I M A K A S I H E M A K

Aku tak mahu bertangguh lagi kerana aku takut sekiranya tiada yang ke-22 buat aku. Terima kasih kerana melahir, membesarkan dan mendidik aku sehingga aku menjadi aku yang kini.

Mungkin ada yang mengatakan aku begitu bodoh dan sangat teruk. Mengambil masa selama 21 tahun untuk mengungkapkan 2 perkataan yang mudah. Tak kisah la apa yang mereka ingin katakan, yang pasti aku sudah melakukannya.

Buat teman diluar sana ungkapkanlah jika anda masih belum mengungkapkanya. Jangan tunggu sehingga hari esok kerana hari esok masih belum pasti buat kita. Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada, berbakti lah pada mereka selagi kita punya masa untuk berbuat demikian.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi ruang untuk aku terus merasi indahnya pelangi kehidupan, menikmati hangatnya mentari dan sejuknya rintik hujan untuk yang ke-21 ini.


p/s: thanks also to all my classmate for celebrating our birthday. Semoga ukhwah kita kekal selamanya.


Monday, October 5, 2009

Suprise Party...!

Balik sahaja dari Majlis Penutup eXpoconvo ’09 aku segera menyiapkan kad buat akila dan taqi. Yien, law dan rakan-rakan In-Smartive yang lain telah merancang untuk mengadakan surprise party untuk mereka berdua.
Setelah memerah otak mencari idea-idea untuk mereka bentuk, aku pun menyiapkan kad ucapan dengan barang-barang yang ada dalam simpanan. Tepat pukul 6.00 petang, everything is done! Just tinggal ucapan dari budak-budak In-Smartive je.

Hasilnya:







Rancangn bermula seawal 9.00 malam. Turut sama hadir, Prof dan isteri. Ternyata gimik kami menjadi. Akila dan Taqi terkejut sakan (ala-ala terkejut beruk) dengan surprise yang dirancang. Tahniah kepada pelakon-pelakon yang begitu menjiwai watak masing-masing. Antara pelakon yang menjayakan rancangan ini adalah:

Si Law Kok Sin
Zetty
Emy
Azi
Roomate Akila (lia, tia dan mira)
Khaliq
Yien
Zack








Malangnya aku telupa untuk mengajak achik, huhu achik I’m really sorry!

Sunday, October 4, 2009

I got the spirit!

Sebak, sayu, teruja…!

Melihat senior, senior ku yang sudah bergraduasi pagi ini, semangat aku kembali berkobar-kobar. Pagi ini merupakan hari kedua Majlis Konvokesyen Komemoratif &Konvokesyen ke-4 Universiti Malaysia Pahang yang buat pertama kalinya diadakan di Kampus Gambang.

Pada awalnya aku agak malas untuk menyaksikan majlis pagi ini, namun segera aku teringatkan janji ku pada angah yang akan ikut serta pada sesi kali ini. Sampai di Kompleks Sukan UMP, ibu bapa telah pun memenuhi ruang dewan dan aku lebih senang memilih tempat duduk dibahagian belakang.

Beberapa minit sebelum upacara bermula, ibu bapa yang masih berada di luar berebut untuk masuk ke dalam dewan. Di sebalik wajah-wajah itu ku lihat seorang bapa terkocoh-kocoh mengambil tempat duduk. Ditanganya, sejambak mawar merah dipeluk erat.
Betapa aku mengkagumi lelaki itu. Sejambak bunga hanyalah pelaburan yang kecil dibandingkan dengan kegembiranya seisi keluarga meraikan detik yang penuh bersejarah dalam hidup anaknya.

Hati aku sebak, lantas terbayang wajah ayah. Mungkinkah ayahku juga akan melakukan perkara yang sama tika waktu yang dinanti itu telah tiba? Aku tidak menginginkan bunga itu, kerana kedua orang tua ku telah mendidik aku menjadi sekuntum bunga yang dapat berbakti kepada si lebah dengan memberikan madunya, menenangkan manusia dengan haruman dan keindahanya.

Dan jika aku masih berkesempatan untuk tiba ke hari bersejarah itu, akan ku hadiahkan kejayaan ku kepada emak dan ayah yang banyak bekorban dalam membesarkan aku dan adik-beradik yang lain. Kebahagiaan dan kegembiraan mereka adalah hadiah yang paling indah buat aku.

Ya Allah bantulah aku….

Permudahkanlah jalan ku…


Majlis Konvokesyen Komemoratif & Konvokesyen Ke-4