Sebak, sayu, teruja…!
Melihat senior, senior ku yang sudah bergraduasi pagi ini, semangat aku kembali berkobar-kobar. Pagi ini merupakan hari kedua Majlis Konvokesyen Komemoratif &Konvokesyen ke-4 Universiti Malaysia Pahang yang buat pertama kalinya diadakan di Kampus Gambang.
Pada awalnya aku agak malas untuk menyaksikan majlis pagi ini, namun segera aku teringatkan janji ku pada angah yang akan ikut serta pada sesi kali ini. Sampai di Kompleks Sukan UMP, ibu bapa telah pun memenuhi ruang dewan dan aku lebih senang memilih tempat duduk dibahagian belakang.
Beberapa minit sebelum upacara bermula, ibu bapa yang masih berada di luar berebut untuk masuk ke dalam dewan. Di sebalik wajah-wajah itu ku lihat seorang bapa terkocoh-kocoh mengambil tempat duduk. Ditanganya, sejambak mawar merah dipeluk erat.
Betapa aku mengkagumi lelaki itu. Sejambak bunga hanyalah pelaburan yang kecil dibandingkan dengan kegembiranya seisi keluarga meraikan detik yang penuh bersejarah dalam hidup anaknya.
Hati aku sebak, lantas terbayang wajah ayah. Mungkinkah ayahku juga akan melakukan perkara yang sama tika waktu yang dinanti itu telah tiba? Aku tidak menginginkan bunga itu, kerana kedua orang tua ku telah mendidik aku menjadi sekuntum bunga yang dapat berbakti kepada si lebah dengan memberikan madunya, menenangkan manusia dengan haruman dan keindahanya.
Dan jika aku masih berkesempatan untuk tiba ke hari bersejarah itu, akan ku hadiahkan kejayaan ku kepada emak dan ayah yang banyak bekorban dalam membesarkan aku dan adik-beradik yang lain. Kebahagiaan dan kegembiraan mereka adalah hadiah yang paling indah buat aku.
Ya Allah bantulah aku….
Permudahkanlah jalan ku…
No comments:
Post a Comment