Friday, February 26, 2010

Aduhai Laskar Pelangi

Laskar Pelangi, filem arahan Riri Reza dan telah diterbitkan pada September 2008. Namun baru hari ini aku bekesempatan menonton filem tersebut. Filem adaptasi dari novel Laskar Pelangi itu benar-benar menyentu hati aku. Bagaimana kesungguhan 10 orang pelajar miskin di kepulauan Belitong, berusaha untuk mendapatkan pendidikan demi mengejar cita-cita mereka
.
Segala suka duka diharungi bersama. Sesekali aku tergelak melihat gelagat Ikal yang dilamun cinta dengan A Ling. Begitu juga aksi-aksi Mahar yang begitu berbakat besar dalam bidang seni. Namun babak paling menyentuh hati aku apabila Lintang terpaksa berhenti sekolah demi menyara kehidupanya empat beradik setelah kematian ayahnya yang ditelan ombak laut ketika mencari rezeki.

Tatkala Bayu Tasik Chini Datang Menyapa
Laskar Pelangi mengingatkan aku pengalaman ketika berprogram di Tasik Chini lapan bulan yang lalu. Projek Semaian Kasih Siri ke 2 di Perkampungan Orang Kita Tasik Chini benar-benar mengajar aku akan realiti kehidupan.
Bagaimana sukarnya kehidupan anak-anak di sana. Ada yang terpaksa ponteng ke sekolah semata-mata untuk membantu orang tua mereka mencari rezeki bagi menampung kehidupan mereka sehari-hari. Tidak kurang juga ada yang terpaksa mengikat perut kerana tidak punya duit untuk membeli makanan dan air di tandas menjadi sumber bagi mereka menghilangkan dahaga.
Selekeh dan berbau hamis itu sudah menjadi kebiasaan. Dan yang paling mengkagumkan aku adalah kesungguhan guru-guru di sana yang sanggup mengajar anak-anak ini sehingga ke pendalaman. Saban pagi sebelum kelas bermula, perhimpunan akan diadakan dan guru-guru ini akan menyisir rambut anak-anak murid mereka agar kelihatan kemas. Mulianya sifatmu wahai guru.
Masih terasa bayu pagi Tasik Chini tatkala kami menantikan kehadiran adik-adik ke sekolah di hari terakhir program. Ternyata mereka tergamam sewaktu melihat kami di jeti. Lantas roti buat bekalan fasi kami korbankan untuk mereka sebagai sarapan atau alas perut sebelum memulakan sesi persekolahan.
Kini semester baru sudah bermula, dan aku masih tertunggu-tunggu program susulan buat adik-adik di sana. Aku juga berharap dapat berbakti sekali lagi buat sekolah tersebut sekiranya ada program susulan yang akan dilaksanakan.

Ceria adik-adik bersama abang fasi

Kini semester baru sudah bermula, dan aku masih tertunggu-tunggu program susulan buat adik-adik di sana. Aku juga berharap dapat berbakti sekali lagi buat sekolah tersebut sekiranya ada program susulan yang akan dilaksanakan.

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya"
dan bukan menerima sebanyak-banyaknya
                                                                             Petikan dari filem Laskar Pelangi

2 comments:

Yasmint said...

ni blog baru saye,,huhu..

Johnny Ong said...

hairan kenapa masih ada lagi org (pelajar2 dgn kuarga mereka) semiskin macam tu. yg lagi hairan tempat itu dekat dgn pekan?

amat mengkagumkan pelajar2 tersebut berusaha dlm pelajaran mereka dan semoga mereka berjaya