Sunday, March 21, 2010

Kita Satu Keluarga Besar

Keluarga itu perlu ada kamu
yang begitu idealis
memimpin yang lain
untuk mencapai matlamat dan tujuan sebenar

Keluarga itu perlu ada kamu
Yang berani menongkah arus
Mengatakan tidak dengan hujah yang kukuh

Keluarga itu perlu ada kamu
Yang sentiasa pantas
Merungkai isu dan masalah yang melanda

Keluarga itu perlu ada kamu
Yang sentiasa ceria memecah kesunyian
Dan menghiburkan suasana dikala kebuntuan

Keluarga itu perlu ada kamu
Yang akan sentiasa mengingatkan yang lain
Ketika mereka hanyut dalam mengejar arus dunia

Dan keluarga itu juga memerlukan aku,
kamu, dia serta mereka
Untuk saling lengkap melengkapi
Agar ia dapat berdiri dengan kukuh dan sempurna



Nota kaki: Terima kasih kepada kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10 kerana sudi menjemput kami untuk majlis ramah mesra khamis lalu

5 comments:

ogies_cuteis said...

waah.. mpp tuh.. hebat r kwan aku nih... hehehe

izzah said...

"Dan keluarga itu juga memerlukan aku,
kamu, dia serta mereka
Untuk saling lengkap melengkapi"
tq adik..

Seven said...

kita kn keluarga besar?
lain kali kita buat lagi nk?
mane tau..
shoping kt ECM ke?
hahahaha
blh kan kak?

norizansyahnan said...

no hal lah...
cakap je ble~

Seven said...

baik..
hihihi