Thursday, September 23, 2010

Dan setelah lima tahun berlalu...

Enam tahun lalu, aku seperti pelajar lain. Berhijrah ke STTJ untuk menimba ilmu, bergaul mesra dengan mereka yang aku gelar sahabat dan belajar untuk hidup berdikari. Masa berlalu begitu pantas meninggalkan banyak kenangan jauh ke belakang.

 my dormate

Dan selepas lima tahun segalanya berubah. Alhamdullillah masing-masing berjaya mengorak langkah untuk mengejar cita-cita. Siapa sangka kami akan bertemu semula untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang teman lama. Biapun terlepas untuk menyaksikan upacara akad nikah, kami tetap bersyukur kerana dapat meraikan hari bahagianya.


Sekuntum sudah dipetik orang

Intan and her husband

Keesokkan harinya kami pergi beraya ke rumah Miza dan kampung Izzah di Ulu Bendul. Sebelum pulang singgah sebentar di STTJ, niat hati ingin beraya ke rumah cikgu tapi sayang semua cikgu yang kami kenal sudah berpindah keluar dari Kuaters Guru.

Bergambar dengan shida and her mother aka tuan rumah

kampung Izzah memang sangat-sangat best. aku rasa macam nak buat rumah tengah bendang tuh~

dan setelah lima tahun, kami ke sini lagi

En Zul, Pengurus Asrama Sekolah Teknik Tuanku Jaafar

5 Awam 1 penuh dengan kenangan

Kerusi yang telah lama ditinggalkan..

Last post before going home

Driving back to Bukit Beruntung

Dua hari yang meletihkan tapi sangat-sangat seronok~!

4 comments:

ile irnadiana said...

Pergh!!
sytlo laaaaaaa...
Mana gambar aku??hahaha!
Budak2 dorm sembilan? :)

Aisyah said...

ijan...pe rahsia ko nih...
maintain dri sekolah sampai skrg...sama je muka ko....terbaekk!!

norizansyahnan said...

ile: budak2 dorm 9 dah kene halau ngan ustazah fauziah sebb x kemas dorm.. hahaahhaha

aisyah: rahsianya...adalah rahsia...hahahha

wan fathiyah said...

ijan~!
nape pose ko cm model je skrg..hahaha..pndai ko bgaya pok~!
ko suke bgambar teleng kepala yep skrg..ehehehehehe