Saturday, December 11, 2010

Berhati-hati dengan Jenayah Siber

BENGANG….~!
Sepatutnya kelmarin aku ada interview dengan satu company computer di Bukit Kemuning, Shah Alam untuk position Software Engineer. Aku pun bersemangat la pergi interview tu memandangkan jadual semua sudah diatur. Aku bertolak agak lambat jugak la, sementara nak tunggu hujan reda sedikit. Punya la laju aku pecut takut-takut lewat sampai. Sampai je kat area Bukit Kemuning, aku try call staff yang arrange interview  untuk tanya jalan ke office dia memandangkan aku pun tak berapa nak familiar dengan kawasan tu. Alih-alih korang tahu apa yang di cakap kat aku

“I forgot to check the interview schedule, all my manager out for meeting”

Huh kalau tunda ke petang aku boleh terima lagi, ini dia suruh aku datang keessokkan harinya untuk interview. Huargh aku dah berasap. Ada ke patut?????! Apa dia ingat Bukit Beruntung ngan Bukit Kemuning tu dekat gamaknya. Habis duit minyak ngan duit tol aku. Yang peliknya macam mana la minah tu boleh arrange interview dengan aku tapi tak confirmkan balik dengan dia punya manager. Seeeeeeeeengallllll seinfiniti~!

Bengang dengan company tu tak hilang lagi, datang pula satu masalah lain. Google account aku telah diceroboh oleh manusia haprak dari South Africa semalam. Ini betul-betul, bukan cobaan. Petang semalam aku nak check email. Nak tegoklah kot-kot ada order baru masuk. Berpuluh-puluh kali jugaklah try masukkan password, tapi gagal jugak. Aku try untuk recover balik account tu. Pun tak ada feed back yang aku terima dekat yahoo mail. At last baru perasan, ada satu email dari Small Cottage : Please,I need you to help me with this urgently.

Email yang aku terima dari Small Cottage

Sah memang ada orang lain yang tengah guna account aku dan tukar password. Alhamdulillah aku dapat recover balik account tu. Tapi semua email, record-record order yang aku simpan dari Batch 1 sampai Batch 11 semua dah hilang. Aku try check Last Account Activity by IP address. Serius terkejut ada orang access account aku dari South Africa. #$^^*@$%%$#~ I’m Speechless~!
Recent Activity by IP adress

Aku ingat bila dah tukar password, everything will be ok la. Tapi sampai malam inbox aku masih kosong, tiada email baru masuk. Email yang aku hantar dari yahoo mail pun tak dapat. Musykil jugak. Belek punya belek, baru la aku tahu rupa-rupanya manusia haprak itu sudah tukar setting account aku, supaya semua email yang masuk di forward ke email dia. Sekali lagi $!@%@^$(*^%$^%@#@*$#%~!

Bila aku ubah setting, buang email si mangkuk hayun tu, baru la ada email baru yang masuk. Nak tergelak jugak bila ada email-email dari customer aku yang percaya aku sekarang ni ada kat UK. Tapi aku sangat-sangat berterima kasih atas keperihatinan mereka dan sangat berharap tiada siapa yang terpedaya dengan email tu. Serius agak cuak sebenarnya.  Selama ni dok gelak baca email-email macam tuh dekat spam box. Tapi bila dah terkena dekat batang hidung sendiri baru lah aku sedar, benda-benda ni semua bukan satu perkara yang boleh dibuat main. £1500pounds tuh kalau convert balik dalam duit Malaysia dalam RM 7 ribu lebih kot.

So BEWARE to all internet user, tak kisah la korang ada account gmail ke, yahoo mail ke, hotmail ke, don’t simply give your username and password to others. Tak kisahlah dari Google team ke hape ke. Sebab itulah yang terjadi pada aku. Aku ingat lagi, aku ada dapat email dari Google Team last week. Diorang kata nak upgrade account, nak kurangkan spam mail la kononnya. So user kena bagi username dan password kalau tidak reply email tu dalam 7 hari, account kita akan dilupuskan. Terfikir jugak mungkin itu email tipu. Tapi entahlah kenapa aku ni dungu sangat pi bagi username dengan password aku kat depa. Bengong memang bengong, dan yang bengong itu adalah aku~! Hahahha

So korang-korang kat luar sana berhati-hati, hari ni aku sudah terkena, esok lusa mungkin korang pulak menjadi mangsa. BERHATI-HATI yek ~

6 comments:

Aisyah said...

eh, ak x faham sgt ni....
maksudnya, org tu hack account ko? pastu?

Robot | Sakti said...

ijan terbagi password la ecah. jgn reply atau email jika ada yang mintak passord, tak kesahlah dari google or yahoo,

izzah said...

thanks 4 da info..so pasni kena bhati2

.:|anakWakSyahnan|:. said...

ecah: yup btol ckp azrul, aku tersilap bagi pasword..serik dah

izah: welcome

blackelement_ice said...

boley bitau camne nak cek tu?? yang you cek ip adress whatsoeva tu? i just faced the same bloody situation last night!

.:|anakWakSyahnan|:. said...

kat bawah inbox tu ada Last account activity. Click details to view the IP and country.

do check your setting also, most probably they will insert their email in the 'Forwarding and POP/IMAP' tab