Sunday, March 6, 2011

Dunia Baru


credit picture to weit

Amat sukar untuk aku memulakan ayat pertama, maklumlah sudah hampir dua sebulan tidak mengupdate blog. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehinggakan aku sendiri tidak tahu dimana patut aku mulakan dahulu.

Pejam celik, pejam celik, hampir dua bulan aku bekerja dengan ECEOS. Segalanya berlaku begitu pantas dan ianya memaksa aku untuk bergerak dengan lebih laju. Kadang-kadang terfikir, alangkah bagusnya kalau aku ada sepuluh kaki dan tangan.

Dunia baru benar-benar mengubah aku. Tiada lagi main-main seperti dahulu. All about works~! Pagi pergi kerja, pulang tatkala senja. Malam sambung kembali di rumah. Weekend kalau dulu rajin la keluar hang out dengan kawan-kawan, sekarang ni jagan harap. Hujung minggu pun kerja jugak tapi dari rumah la, siapkan apa yang patut kalau tidak, kang berderet mesej dari bos bertanyakan STATUS? Itulah soalan yang membuatkan aku fobia kalau on gtalk.

Serious~ rindunya zaman dekat kolej dulu. Biarpun terpaksa bersengkang mata buat assignment, at least esok boleh ponteng kuliah untuk qada tidur (situasi normal di kampus, tapi aku tak pernah amalkan yek) . Biarpun ada test ataupun exam every sem, at least ada cuti panjang untuk enjoy sepuas-puasnya. Biapun kena bayar yuran yang mahal tiap kali buka sem baru, tak pe, at least ada PTPTN kan? Hehehhe

Tapi bila dah kerja, situasinya berbeza. Kalau buat kerja sampai lewat malam, esok still kena kerja. Kalau tidak, bos potong gaji. Kalau client panggil meeting sampai pukul 7,8 malam, terpaksa la bersabar, nanti depa dok ngadu kat bos. Kalau client marah atau complaint, sabar je la nanti diaorang cakap kita tak “professional” pulak. Padahal dalam hati tuhan sahaja yang tahu.

Mujur ada senior-senior yang tak lokek dengan ilmu. Banyak benda aku belajar dari mereka. Pernah juga bos bagi task dan niat aku nak explore sendiri benda tu. Awal-awal lagi dia cakap
“Awak nak explore apa lagi, all experts is already there. Just ask them” 
Aku ternganga! Betul jugak apa bos aku cakap. Ruang sudah ada, peluang lagi lah besar. Apa yang penting usaha kita untuk memanfaatkan apa yang ada di depan mata dan aku harap, aku pun akan menjadi seperti mereka satu hari nanti.

4 comments:

kidul said...

all da best ijan, selamat datang ke fasa yang baru =)

ogies_cuteis said...

waaah... bz nya cik ijan..
takot lak aku nak tempuhi alam prkerjaan... huhu
**all da bez ijan**

Siti Farhana said...

all the best ijan.

norizansyahnan said...

thanks..To kidul and ogies: Selamat menamatkan tahun-tahun terakhir anda..huhuhu {^_~}v