Sunday, May 15, 2011

Hadiah untuk emak

“Mak nanti adik nak dua ringgit” pinta Sazlin
“Nak buat apa? Tak cukup ke duit belanja mak bagi” emak bertanya
“hurm adik nak beli hadiah hari ibu...”
“Ha ye lah, nanti mak bagi”

Tapi entah bagaimana emak aku boleh terlupa. Emak cuma memberikan dua ringgit sahaja buat belanja sekolah.

Lewat petang, Adik aku pulang membawa hadiah berserta kad.

“Nah hadiah hari ibu untuk emak. Mak buka lah”pinta adik
Kad berwarna merah yang terlulis sesuatu didalamnya:

“Ibu sangat baik, walaupun ibu pernah pukul adik, tak pernah berniat jahat. Jasa ibu tetap adik ingat. Selamat hari ibu! Ibu, adik sayang ibu. Semoga ibu panjang umur”

Tersentuh hati aku tatkala membaca kad yang ditulis Sazlin. Sebatang lilin berharga dua ringgit buat emak sempena hari ibu. Kerana dua ringgit, dia berlapar perut semata-mata mahu membelikan hadiah untuk emak. Emak tersenyum tatkala menceritakan kembali kepada aku dan kakak

Ya Bukan harga yang menjadi ukuran, yang penting keikhlasan menghargai orang yang banyak berjasa terhadap kita. Itu yang aku belajar dari insan kecil bernama Sazlin. Barangkali banyak lagi yang perlu aku belajar dari dia. 


1 comment:

ogies said...

comey adik ang ni, cam ang jugak...