Wednesday, November 23, 2011

Nota Kecil: Bangkitlah wahai jiwa yang lelah

 
Kebelakangan ini banyak perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup aku. Kadang-kadang aku sendiri tidak pernah terfikir perkara tersebut akan terjadi dalam hidup ini. Dan peristiwa pagi tadi betul-betul membuat aku tersentap. Jiwa tertunduk lesu. Aku datang ke office dengan hati yang membengkak marah, mata merah menahan tangis. Dan sesekali air mata itu tumpah jua. Tenggelam dalam emosi.

Ada yang perasan lalu menengur. Hanya beberapa patah aku jawab. Tiada nafsu untuk berbual. Diam, sepi mencari hikmah. Ya Allah teguran Mu ini terlalu halus dan amat sukar dimengerti. Barangkali ini adalah balasan atas dosa semalam. Atau mungkin juga teguran kerana aku terlalu jauh dari Mu. Terlalu sibuk mengejar dunia hingga terlupa tugas hakiki seorang hamba pada Tuanya.

Bangkitlah wahai jiwa yang lelah, kembalilah pada Tuhan mu. Berhentilah menangis. Binalah kekuatan dengan doa-doa mu. Yakin dan pasti Allah Maha Adil. Dia yang sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yang tersirat di dalam hati hamba-hamba-Nya. Semoga dia menerima balasan yang setimpal. Ameen…

credit picture to weit

1 comment:

HanifMarwa said...

it must be my ignorance that i didn't realize this...

sorry k ijan~