Monday, February 20, 2012

Live Your Soul

"Kita lemah kerana posisi jiwa kita salah"
-Salim A. Fillah-

Tuesday, February 14, 2012

Saya tidak sebaik dia...

“Entah kenapa saya tidak sebaik dia”
Itu sahaja ayat yang kerap bermain-main di kepala. Lewat petang tadi saya bertemu dengan teman lama. Hampir setahun dia menyepi. Saya pun tidak tergerak hati untuk menghubunginya. Sangka saya, sepi itu tanda segalanya baik sahaja. Namun sangkaan saya jauh meleset. Ayahnya disahkan menghidap kanser tahap ke-4 sejak enam bulan yang lalu.

Saya terkesima, sesekali saya tertawa menyembunyikan rasa terkejut. Sedikit tersentuh apabila dia bercerita tentang ayahnya, lantas teringat ayah di rumah. Entahlah saya sendiri tidak yakin saya mampu menjadi seperti dia.

Berkongsi cerita tentang keluarganya, kerjaya dan kehidupan peribadinya, membuatkan saya sedikit kagum. Ya dia masih sama seperti yang saya kenal lapan tahun yang lalu malah lebih matang dari itu. Disebalik kesedihan itu dia masih mampu ketawa. Dan saya tetap yakin, dia masih kuat seperti dulu. Semoga dia dan keluarga sentiasa tabah menghadapi ujian dari Allah dan semoga Allah sentiasa merahmati dia dan keluarganya. Ameen…

Sunday, February 5, 2012

Nota cinta buat dia kekasih Allah


Ya Allah suburkanlah rasa cinta ini buat Rasulullah s.a.w sepertimana suburnya kasih beginda buat kami...

Wednesday, February 1, 2012

Hujung minggu yang osem~!

Hampir dua bulan kami merancang secara serius, mencari masa yang benar-benar sesuai untuk ke sana, Alhamdulillah berjaya juga. Biarpun disaat-saat akhir banyak halangan, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Seronok tengok teman-teman shopping sakan. 

Kita jalan-jalan sampai lenguh kaki, sakit pinggang. Sambil mengimbau kenangan zaman kita dulu-dulu. Saat kita sama-sama masih dibangku sekolah, bebaju putih, kain biru. Baju selebet, hingus masih meleleh. Dan segala kisah sengal kita. Kisah kita pedajal orang dengan air garam, kisah kita hirup kuah sup sambil makan kaki ayam, kisah kita berperang dengan teman seangkatan tatkala pulang petang.

Lucu! Sesekali kita ketawa terbahak-bahak sampai keluar air mata, gelak-gelak sampai kering gusi lenguh pipi. Owh weekend itu sangat osem. Thanks Isti, Dian, Niza, Nahlia, Riz and Sare. See you in next trip ^_^