Wednesday, February 1, 2012

Hujung minggu yang osem~!

Hampir dua bulan kami merancang secara serius, mencari masa yang benar-benar sesuai untuk ke sana, Alhamdulillah berjaya juga. Biarpun disaat-saat akhir banyak halangan, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Seronok tengok teman-teman shopping sakan. 

Kita jalan-jalan sampai lenguh kaki, sakit pinggang. Sambil mengimbau kenangan zaman kita dulu-dulu. Saat kita sama-sama masih dibangku sekolah, bebaju putih, kain biru. Baju selebet, hingus masih meleleh. Dan segala kisah sengal kita. Kisah kita pedajal orang dengan air garam, kisah kita hirup kuah sup sambil makan kaki ayam, kisah kita berperang dengan teman seangkatan tatkala pulang petang.

Lucu! Sesekali kita ketawa terbahak-bahak sampai keluar air mata, gelak-gelak sampai kering gusi lenguh pipi. Owh weekend itu sangat osem. Thanks Isti, Dian, Niza, Nahlia, Riz and Sare. See you in next trip ^_^

2 comments:

kidul said...

makin lame makin cantik2 gambar kat blog ni..yeay!! ;)

.:|anakWakSyahnan|:. said...

hahahah thanks kidul...ko pulak bile mahu buka kembali blog??? lame bebenor under construction..