Ntah apa
yang tak kena dengan setting gtalk saya, atau barangkali memang ia sedikit
tintong. Tadi petang, saya ditegur oleh teman sepejabat. Dia kata, dia dapat mesej
gtalk yang saya hantar untuk seorang lagi kawan. Siap di copy paste semuanya. Hurm
malu sebentar! Mujur hanya bercerita perihal belog.
Ok belum
habis lagi. Nak dijadikan cerita, bukan dia seorang sahaja yang dapat mesej
gtalk mengarut saya. There are few more since I’ve been chatting with few others
huh dan paling tak sangka salah satu daripadanya adalah manager saya. Gulp! Sekali lagi
mujur tiada unsur mengumpat mahu pun mengutuk orang. But still malu malah lebih
malu dari kisah salah masuk dewan exam empat tahun lepas.
Actually lepas
dari tu, banyak benda yang bermain dalam kepala. Dan sepanjang-pajang
perjalanan pulang ke rumah saya tak habis-habis fikir segala kemungkinan yang
berlaku. Malunya kalau orang lain tahu apa yang kita sembang, malunya kalau
itu, malunya kalau dia tahu ini bla bla dan tiba tiba terlintas
“malu
dengan manusia je kot, malu dengan tuhan?”
Gulp!
Allahuakbar
Dalam banyak
keadaan pun, adakalanya kita lebih malu dengan manusia daripada Tuhan.
Kita malu dengan
manusia sebab tak cantik, tapi kita tak malu dengan Tuhan sebab akhlak kita tak
cantik
Kita malu
dengan manusia jika mereka tahu kita tak solat, tapi kita tak malu dengan Tuhan
kalau solat kita tak sempurna malah tergesa-gesa kerana mengejar dunia.
Kita malu
dengan manusia bila mereka tahu apa yang kita bualkan, tapi kita tak malu
dengan Tuhan sedangkan Tuhan lebih tahu segalanya umpat dan keji kita pada
orang.
Kita malu
dengan manusia bila mereka tahu kita buat jahat, tapi kita tak malu dengan Tuhan.
bahkan
tatkala berseorangan, itu membuatkan kita lebih berani melakukan kemungkaran.
Kita kata “Ala
tiada siapa nampak…”
Allah
jahilnya kita. Bodohnya kita bila kita hanya malu pada manusia tapi tidak pada Allah,
Tuhan sekalian alam pemilik kehidupan.
Sejujurnya,
saya jadi malu sendiri bila mana kawan saya copy paste segala mesej tu. Kalau ini
rasanya dekat dunia, saya tak dapat banyangkan bagaimana malunya dihadapan
Tuhan kelak tika menerima buku amalan saya. Lebih memalukan, bila helaian demi
helaian yang saya selak tidak punya amal kebaikkan langsung.
Lalu apa
yang saya harus jawab dihadapan Tuhan nanti?
Apa yang
akan kita akan jawab dihadapan Tuhan nanti?
Moga masih
belum terlambat untuk kita!
No comments:
Post a Comment