Tuesday, October 15, 2013

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 2) Part I



Kami kami memulakan perjalanan seawal pukul 10 pagi. Tak awal sebenarnya matahari dah sejengkal atas kepala. Hari kedua kami ke Gyeongbokgung Palace. Dari Korea University station kami turun di Yaksu dan ambil Subway Line 3 untuk ke Gyeongbokgung Station. 

Tak silap saya untuk masuk ke sini dikenakan bayaran 3k ₩. Tapi disebabkan ada sambutan yang saya tak pasti sambutan apa, pengunjung dibenarkan masuk secara percuma pada hari itu. 

 Gyeonghoeru (Royal Banquet Hall)

 Tengah jalan-jalan sekitar Gyeongbokgung jumpa dengan pelukis jalanan ni

 

Tengah duduk-duduk menghilangkan lelah dekat Hwangwonjeong, ada ajumma bagi kami buah pear. 
Baik betul orang korea ^_^

Gyeongbokgung Palace ni antara Five Grand Palaces yang dibina semasa Dinasti Joseon. Serius besar sampai lenguh kaki jalan, dengan tersadung segala bagai.

Seterusnya kami ke National Folk Museum of Korea yang terletak bersebelahan dengan Gyeongbokgung Palace. Kat sini boleh tengok macam-macam artifak sejarah yang digunakan oleh masyarakat korea. Kat dalam muzium ni jugak terdapat Children’s Museum tapi kami tak masuk pun sebab bukan free entrance.

 Tak pasti la gunung apa belakang ni, tapi macam nice je tangkap gamba kat sini


Belum habis lagi, InsyaAllah nanti sambung lagi dengan perjalanan kami ke Gwanghwamun Square dan Namsan Tower

Nota kaki: Selamat Hari Raya Aidil Adha kawan-kawan ;)

No comments: