Monday, December 23, 2013

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 3)

Untuk hari ke tiga ni, kami memulakan perjalanan ke Myeong-dong. Tak lama pun singgah kejap je sebab nak cari kasut Fatin. Kesian benor tengok dia, kaki habis melecet. Kalau dekat Malaysia, saya boleh consider Myeong-dong ni macam Bukit Bintang. Shopping district yang banyak butik-butik berjenama.

Sebelum memulakan perjalanan, bergambar depan rumah shaqifah yang sebesar kotak mancis


Daripada Myeong-dong kami terus ke War Memorial of Korea. War Memorial of Korea adalah salah satu tempat yang saya sangat-sangat recommendkan anda untuk singgah jika ke Seoul. Kenapa? Muzium dia sangat menarik dan interactive. Ada movie, ada gempa bumi, ada macam-macam lagi lah. Sure tak boring.

Sebelum tawaf satu muzium, isi perut dahulu


Tengok movie kejap

 
Freedom and peace are not free (credit to Fatin)


Selepas War Memorial of Korea, kami meneruskan perjalanan ke 63 Sky Art, Sea World, Wax Museum & KBS. Sebenarnya saya pun tak berapa pasti apa tujuanya kami ke KBS. Tapi memandangkan itineraries Seoul di rancang oleh fatin, we just follow as what she had planned.

We decided to walked from Yeouido Station to KBS. Nampak macam dekat je. Tapi tak pasti apa yang sebenarnya membuatkan kami sesat, map atau signboard? hurm at the end setelah berkilokilo meter berjalan kaki kami berputus asa untuk ke KBS dan hanya duduk-duduk melepaskan lelah di Yeouido Park. Kesian jugak dengan fatin, saya rasa mesti dia kecewa tak dapat jumpa artis k-pop.



Setelah bersesat larat di Yeouido kami terus ke 63 City menaiki teksi. 63City ni one of Seoul’s most well known landmarks. Ada beberapa attraction dekat dalam bangunan ni antaranya 63 Wax Museum, 63 Sky Art and Sea World. Bagi saya tempat ni biasa-biasa sahaja. Wax Museum pun tak banyak famous figures.
 
beautiful scenery belatar belakangkan Hangang River

End of day 3, Coming up next, our journey to Naminara Island =)

No comments: