Sunday, June 29, 2014

Hujan bulan Juni dan sebuah konfesi

Hari pertama Ramdhan dua tahun lepas, ayah masih terlantar di hospital. Hari-hari kami suram benar. Tapi baiknya Tuhan berikan nikmat sihat dekat ayah. Boleh bekerja dan berpeluang untuk sampai ke Ramadhan yang seterusnya.

Urusan Allah tiada siapa pun tahu. Andai telah sampai janji Nya, pasti tak dikurang atau dilebihkan seminit pun. Melewati bulan-bulan akhir sebelum Ramadhan.Ayah pergi tinggalkan kami. Mudah sangat. Perginya dalam tidur.

Sudah tiga minggu berlalu, dan hari ini adalah hari pertama Ramadhan. Langit sudah lama tak menangis. Lebatnya hujan yang turun seperti hebatnya rindu kami pada ayah

Berehatlah ayah, semoga ayah tenang dekat sana.

Al-Fatihah
Syahnan Ahmad Bainas
27 Jan 1953 – 7 Jun 2014

Wednesday, June 18, 2014













To my future self:
BE STRONG












Wednesday, June 4, 2014

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 6) Part II - Jeju

Cont. from previous post

Puas menikmati bayu laut di Seongsan Ilchulbong kami ke Seopjikoji. Tak silap saya Seopjikoji ni adalah salah satu lokasi pengambaran drama Korea. Pemandangan dia pun cantik ada banyak bunga-bunga lagi tapi sayang tak larat nak explore sampai ke hujung sebab sibuk bergamba dan ehem kami di warning oleh Mr Kim supaya spend only 45min sahaja di sini.

pemandangan kat sini sangat awesome, jatuh cinta ngan bunga-bunga ni! 



Few places to go dan kami sangat-sangat mengejar masa. Dari Seopjikoji kami ke Jeongbang Falls. Jeongbang Falls adalah satu-satunya air terjun di Asia yang mengalir terus ke laut. Kami singgah sekejab sahaja di sini sebab rushing ke Jusangjeolli Cliff. Sayang sangat sebab tak banyak gambar kat sini sebab Mr Kim pegang camera saya. Dia yang tersangat baik hati nak tolong tangkapkan gambar tapi malangnya saya ter set manual focus dan semua gambar yang dia tangkap tu bluuuur. Sangat sedih wuuuu!

singgah sebentar beli sotong bakar buat alas perut


Kami tiba Jusangjeolli Cliff agak petang dan kat situ terlalu ramai umat manusia so memang agak susah sedikit nak cari nice view untuk bergambar. Itupun mujur ada Mr Kim yang dok cari port-port cantik. Mr Kim macam tahu je kegilaan kami adalah bergambar, dan dia tak bagi saya pegang camera sebab kalau saya pegang for sure kami akan lewat ke destinasi seterusnya. =.=’


Ada beberapa tempat yang terpaksa kami batalkan atas kekangan masa seperti Jeju Folk Village dan Cheonjeyeon Waterfall dan Seonimgyo Bridge. Seonimgyo Bridge tu pun dapat tengok dan bergambar dari jauh je. Kami berehat sebentar untuk solat dan kemudian meneruskan kembali perjalanan ke destinasi terakhir Cheonjiyeon Waterfall.

Seonimgyo Bridge di kejauhan 

Destinasi terakhir kami sebelum pulang, Cheonjiyeon Waterfall 


Habis melawat semua tempat, kami di hantar ke HK Jeju Guesthouse yang terletak di Jeju-si. Dah sampai hostel baru la terasa letih, dapat pulak bilik kat tingkat 3. Jenuh la mendaki tapi malam tu saya dan Dayana sempat lagi pusing-pusing underground market sekitar tempat kami menginap.


End of Day 6: Jeju is awesome!

Tuesday, June 3, 2014

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 6) Part I - Jeju

Hari ke-6 di Korea, kami meneruskan perjalanan mengelilingi Pulau Jeju. Basically Pulau Jeju ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jeju-si berdekatan dengan Jeju airport dan juga Seogwipo-si. Kebanyakkan tempat menarik terletak di bahagian Seogwipo dan disebabkan itu juga lah kami memilih untuk bermalam di sekitar Seogwipo pada malam pertama.

Pada awalnya, kami ingin memulakan perjalanan dengan melawat Cheonjiyeon Waterfall memandangkan ia terletak berdekatan dengan Namguk Hotel. Tapi atas nasihat Mr Kim, dia mengajak kami untuk ke Trick Art Museum terlebih dahulu dengan alasan orang tak ramai dan mudah untuk bergambar nanti.

Goodstay Namguk Hotel 

On the way to Trick Art Museum


Puas bergambar di Trick Art Museum kami ke Gimnyeong Maze Park. Maze park ni nampak macam senang, tapi jenuh jugak nak cari jalan keluar. Last sekali Mr Kim malas nak tunggu kami yang sesat larat, dia sendiri yang bagi direction jalan keluar dari situ.

Ni la ghupenye Maze Park dia, bersimpang siur kaaan?

Ring the victory bell bila mana anda sudah berjaya keluar.


Dari Gimnyeong Maze Park kami terus ke Seongsan Ilchulbong yang juga dikenali sebagai Sunrise Peak . Seongsan Ilchulbong ni terbentuk daripada letusan gunung berapi, pemandangan daripada puncak dia memang sangat cantik tapi tercungap-cungap jugak la sementara nak sampai ke atas.

Bergambar dulu sebelum mendaki 

Berhenti rehat sebentar bersama kit kat

Nice view rite? okeyh ni belum sampai puncak lagi, baru separuh jalan

Yeay, we are at the top of Seongsan Ilchulbong

Belum habis lagi...To be cont. :)