Tuesday, June 3, 2014

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 6) Part I

Hari ke-6 di Korea, kami meneruskan perjalanan mengelilingi Pulau Jeju. Basically Pulau Jeju ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jeju-si berdekatan dengan Jeju airport dan juga Seogwipo-si. Kebanyakkan tempat menarik terletak di bahagian Seogwipo dan disebabkan itu juga lah kami memilih untuk bermalam di sekitar Seogwipo pada malam pertama.

Pada awalnya, kami ingin memulakan perjalanan dengan melawat Cheonjiyeon Waterfall memandangkan ia terletak berdekatan dengan Namguk Hotel. Tapi atas nasihat Mr Kim, dia mengajak kami untuk ke Trick Art Museum terlebih dahulu dengan alasan orang tak ramai dan mudah untuk bergambar nanti.

Goodstay Namguk Hotel 

On the way to Trick Art Museum


Puas bergambar di Trick Art Museum kami ke Gimnyeong Maze Park. Maze park ni nampak macam senang, tapi jenuh jugak nak cari jalan keluar. Last sekali Mr Kim malas nak tunggu kami yang sesat larat, dia sendiri yang bagi direction jalan keluar dari situ.

Ni la ghupenye Maze Park dia, bersimpang siur kaaan?

Ring the victory bell bila mana anda sudah berjaya keluar.


Dari Gimnyeong Maze Park kami terus ke Seongsan Ilchulbong yang juga dikenali sebagai Sunrise Peak . Seongsan Ilchulbong ni terbentuk daripada letusan gunung berapi, pemandangan daripada puncak dia memang sangat cantik tapi tercungap-cungap jugak la sementara nak sampai ke atas.

Bergambar dulu sebelum mendaki 

Berhenti rehat sebentar bersama kit kat

Nice view rite? okeyh ni belum sampai puncak lagi, baru separuh jalan

Yeay, we are at the top of Seongsan Ilchulbong

Belum habis lagi...To be cont. :)

No comments: