Pagi itu,
Yunus mencadangkan kami untuk menggunakan train ke Emek station dan dari situ
kami boleh menaiki bas terus ke Güzelyalı. Kami memililih menaiki bas kerana
menyangkakan stesen bas dan stesen keretapi Emek terletak di kawasan
berhampiran.
Setibanya di
Emek Station kami terpinga-pinga. Betul-betul kehilangan arah. Mencari-cari
stesen bas untuk ke Güzelyalı. Jauh sudah berjalan, kami semakin menghampiri
jalan besar. Saya kira teman-teman yang lain rasa semacam mahu give up sebab
tak nampak ada bayang-bayang stesen bas. Laju saya memintas menawarkan diri
untuk melihat-lihat apa yang ada di hadapan. Saat itu alternatif terakhir kami
adalah berpatah balik ke stesen bas Emek.
Terkejut
saat di sapa seorang lelaki Turki. Dia yang saya tegur saat turun dari bas di
Stesen Emek tadi. Bertanyakan arah untuk mendapatkan bas ke Güzelyalı. Dia
menawarkan untuk membawa kami ke sana. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju,
tiga lagi rakan saya mengekor dari belakang. Risau barangkali, takut-takut di
bawa ke kedai makan sekali lagi.
Sepanjang perjalanan
kami berbual, berbasa-basi biarpun Englishnya tidak selancar Yunus namun masih
boleh di fahami. Kami menyeberangi jalan besar yang jikalau di Malaysia luasnya
serupa lebuhraya utara selatan. Laju kami melintas tatkala lampu merah, risau
jika tidak sempat sampai ke hujung jalan saat lampu bertukar hijau.
Hampir 2km
kami berjalan dari stesen Emek, kalau tidak kerana lelaki ini mungkin kami dah
berpatah balik. Bas untuk ke Güzelyalı sudah lama berada disitu, penumpang pun
sudah memenuhi tempat duduk bas. Dia memaksa kami untuk tunggu sebentar, mahu
top up kad transit di stesen kereta api katanya. Kami tercengang, tak sempat
berkata apa dia berlari laju menuju ke stesen bawah tanah.
Beberapa
minit kemudian, dia kembali. Menyuruh kami naik bas tersebut lalu dibayarkan
tambang kami bertiga dengan menggunakan kad transit miliknya. Dia menolak saat
kami menghulur duit sebagai ganti
“Its ok
sister, we are muslim!”
Kami
masing-masing seakan terpana, Allah baiknya!
Dia berlalu,
setelah kami mengucapkan terima kasih. Dari jauh sayup-sayup kami lihat lelaki
itu di seberang landasan. Kereta api yang datang di biarkanya berlalu. Masih di
situ menunggu bas kami bergerak pergi
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Selepas apa
yang kami lalui ketika dalam perjalanan ke Cappadocia
Lelaki Turki
itu mengubah persepsi saya dalam banyak hal.
Ia, Tuhan
menjadikan manusia itu berbeda-beda.
Dan orang
yang baik itu masih selalu ada.