Selain group kami, ada lagi beberapa pelancong lain yang turut ikut tour tu. Nak di jadikan cerita, masa tour ni lah kami jumpa balik mamat dari Yamen yang kena halau dari bas tempoh hari (full story dekat sini). Kami semua bersyukur gila kot dia berjaya sampai jugak akhirnya ke Cappadocia dengan selamat semestinya.
Our first stop adalah Goreme Panorama. Dekat sini boleh nampak complete view of Gorome Valley dan juga Gorome Village.
Ni Yasmin, local tour guide kami |
Namun selepas Kerajaan Uthmaniah berjaya menakhluki wilayah ini, kota bawah tanah tersebut dijadikan sebagai kawasan perlindungan bagi Cappadocian Greek dan akhirnya ia ditinggalkan begitu sahaja lewat tahun 1923 akibat daripada population exchange antara Turki dan Greece.
Seterusnya kami ke Selime Monastery. Monastery ni lebih kurang macam kompleks bangunan yang ada tempat tinggal, tempat makan, gereja dan "office" bagi para rahib. Kawasan ini pernah juga menjadi kawasan penempatan bagi Hittite, Assyrian, Persian, Roman, Byzantine, Danişment, Seljuk dan Tamadun Uthmaniah.
Bertentangan dengan Selime Monastery ni ada Selime Sultan Turbesi.
Kami kemudianya dibawa menikmati makan tengah hari di kawasan perkampungan Belisirma. Restaurant tempat kami makan ni betul-betul tepi sungai, tempat dia memang awesome habis. Tapi sayang semua gamba masa makan tengah hari tu dah hilang lepas phone kena format huhu.
Terdapat 4 pintu masuk untuk ke sini. Yang pertama di kawasan perkampungan Ihlara dimana di situ juga lembah ini bermula. Second entrance lebih kurang 4km dari kawasan perkampunan Ihlara dan juga merupakan entrance yang paling popular. Kalau masuk dari pintu ni, anda perlu menuruni lebih kurang 300 anak tangga untuk sampai kebahagian bawah.
Third entrance dari Belisirma Village tempat kami makan tengah hari. So kalau mana yang prefer untuk memandu anda digalakkan untuk menggunakan entrance yang ini. Sebab kat sini juga best spot untuk parking kereta. Last sekali masuk melalui Selime Monastery.
Saya tak ingat berapa kilometer kami jalan tapi jauh jugak la. Yasmin, tour guide kami jalan laju gila kot. Last-last saya yang tertinggal kat belakang sebab dok ralit tangkap gambar.
Sepanjang lembah ni dapat tengok gereja-gereja lama yang sudah tidak digunakan lagi.
Habis tour dekat Ihlara Valley, kami di bawa kembali ke kawasan Nevşehir untuk melawat Pigeon Valley. Pigeon atau dalam bahasa Turkinya ialah Güvercinlik.
Ia dinamakan sedemikian rupa kerana banyak ukiran lubang dibuat untuk rumah-rumah merpati. Dahulu kala, tahi burung merpati ini digunakan untuk membaja anggur yang kemudianya diproses untuk dijadikan arak.
Sebelum pulang, kami dibawa singgah ke kedai aksesori yang jual bati pirus ataupun turquoise yang sememangnya sangat terkenal di Cappadocia.
Tour kami habis sekitar pukul 5 petang. Habis tour kami terus ambil bag dekat hostel dinner and relaks-relaks dekat Cofeedocia pekena chocolate panas sementara tunggu bas kami ke Antalya pukul 10.50 malam.
Ringkasan perjalanan hari ke-empat:
Hot Air Look-up Point - Green Tour (Goreme Panorama - Derinkuyu Underground City - Selime Monastery - Lunch at Belisirma Village - Ihlara Valley & Melendiz River - Pigeon Valley - Local Shop
Total expense:
Green Tour: 35 Euro
Dinner: 15TL
Coffedocia Hot Chocolate: 6TL
Bus to Antalya (Metro Bus): 50TL
End of Day 4.