Tengah sibuk-sibuk duk ambil gamba kawasan hostel, tiba-tiba nampak berbondong-bondong belon panas terapung kat langit. Subhanallah view dia cantik sangat!
Kami pun follow ikut arah orang ramai-ramai pergi mana. Waktu tu memang kebetulan nampak pelancong Malaysia rasanya nak pergi tengok belon panas. Jalan punya jalan kami pun sampai dekat satu kawasan bukit yang memang ramai orang datang situ untuk tangkap gambar dan menikmati keindahan matahari pagi.
Serius puas hati sangat-sangat pagi itu. Dalam pukul 8 lebih macam tu, kami semua turun balik ke hostel untuk kemas-kemas dan check out.
Hari ke-2 di Cappadocia kami memilih untuk ikut local tour under Nese Tour yang saya dah book siap-siap dari Malaysia. Actually perancangan awalnya, saya plan nak drive je sepanjang kami berada di Turki. Tapi travelmate saya yang sorang tu macam tak berapa confident. Ditambah lagi attitude-attitude pemandu kat sini yang ganas-ganas dia suggest kami guna sahaja public transport yang ada.
Berbeza dengan bandar-bandar yang lain, dekat Cappadocia ni memang kawasan kampung. Tiada tram, bas pun tak banyak sangat dan kawasan yang kami nak pergi ni semua jauh-jauh antara satu sama lain. Daripada habiskan masa naik public transport, baik kami ikut sahaja tour yang memang betul tak akan sesar. Kebetulan jugak, masa saya book pakej dengan agent ni mereka tengah buat promo, 35 Euro/pax. Pakej paling murah yang saya jumpa masa itu. So korang boleh rujuk dekat website dia kalau berminat nak book ground tour dengan diorang.
InsyaAllah next entry saya sambung pasal pakej green tour yang kami ambil.
No comments:
Post a Comment