Friday, August 16, 2019

The Travel Project : Turki (Day 5) - Antalya

Payah betul nak kekalkan momentum menulis ni, so ini sambungan dari last entry untuk Travelog Turkey sebelum puasa haritu.  Perjalanan dari Göreme ke Antalya mengambil masa lebih kurang 7 jam. Kami tiba di Antalya lebih kurang pukul 7 pagi.


Antalya ni merupakan bandar ke-8 paling ramai di Turki dengan jumlah population lebih kurang 2.2milion. Kira kalau belah Pantai Mediterrenean ni, Antalya merupakan kota terbesarlah. Dan major highlight dekat sini adalah Kaleiçi Old Town yang sangat awesome!


Sampai-sampai je kami terus cari jalan nak ke hostel tempat kami menginap. Di Antalya kami memilih Sun Rise Hotel. Budget Hotel yang paling murah kami dapat sepanjang di Antalya, hanya 44 TL untuk Double Bed room. Lokasi hotel ni memang dekat dengan Kaleiçi Old Town dan walking distance dengan stesen bus. Owner dia pun sangat baik, izinkan kami untuk check in awal.


Pagi tu masuk je bilik kami rehat-rehat sekejab, then petang lepas solat zohor and lunch kami keluar untuk explore Kaleiçi Old Town. Lokasi pertama yang kami singgah adalah Antalya Archeological Museum. Dari hotel kami menaiki old tram yang memang klasik habis. One way ticket untuk old tram ni dalam 1.25TL.



Antalya Museum dan Antalya Archeological Museum ni actually muzium yang sama. Muzium ni antara muzium terbesar di Turki dan banyak sangat mempamerkan barang-barang artifak dari Roman period sampailah ke Turkish - Islamic Period. Saya ingat beratus statute dari zaman Roman ada kat sini.





Barangan artifact yang ada kat Antalya Museum
Lepas habis round satu muzium kami jalan-jalan dekat area tram station. Sementara tunggu tram sampai bergambar dulu.











View dekat sini memang best gila, ditambah dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa, damai sangat.


Next kami kembali semula ke Kaleiçi Old Town. Sebelum meneruskan perjalanan kami sempat tapau Börek buat alas perut. Börek ni lebih kurang macam pastry dan dalam dia ada inti. Lupa pulak nak ambil gambar masa ni. Tapi macam-macam jenis Börek pakcik ni jual. Ada ayam, daging, yang sayur sahaja pun ada. Saya tak ingat saya amik Börek yang mana satu, tapi masin gila. Tak lalu nak habiskan huhu.

Old  Bazaar Antalya. Tak sempat nak pusing habis sebab hari dah petang




Sambil menikmati Börek yang kami beli, kami pun berjalan dari Clock Tower hingga ke Hadrian Gate. Hadrian Gate ni dibina sekitar 130AD to commemorate Roman Emperor Hadrian’s visit to Attaleia (nama lama Antalya). Daripada situ jugalah pintu gerbang ni menjadi salah satu pintu masuk utama untuk ke Kaleiçi.

Hadrian Gate
Daripada Hadrian Gate kami terus melewati kawasan Kaleiçi Old Town. Old town ni sangat happening menjelang petang. Banyak peniaga-peniaga kecil berniaga sepanjang-panjang lorong old town ni. Ada yang jual sovenier, aksesori wanita, karpet, makanan dan banyaklah. Sampai saya pun hampir terjebak nak membeli sebab barang-barang jualan diorang sangat cantik dan unik. Nasib baik masih mampu mengawal nafsu haha.


sepanjang-pajang lorong dekat old town ni ada sahaja orang berjual dan sangat happening
Hidrilik Tower or Hıdırlık Kulesi in Turkish dibina sekitar second century CE sebagai benteng pertahanan dan juga rumah api. Hıdırlık literally transalated as a place of Khidr dimana disinilah Hıdırellez Festival diadakan. Hıdırellez festival ni macam yearly celebration memperingati pertemuan Nabi Khidr dan Nabi Iylias. Dulu saya selalu ingat tempat ni macam tempat menjana tenaga hydroelektrik sebab nama Hidrilik tu hahaha.





Daripada Hıdırlık Tower kami turun ke Marina dan pusing balik ke Hotel. waktu ni hari memang dah gelap nak masuk waktu Isyak dah. Actually kawasan old town ni memang banyak sangat historical place yang kami tak sempat singgah sebab kesuntukkan waktu. Antara lokasi lain yang korang boleh visit:

  • Tekeli Mehmet Paşa Camii
  • Fluted Minaret
  • Broken Minaret Mosque

Ringkasan perjalanan hari ke-lima:
Antalya Acheological Museum - Hadrian Gate - Kaleici Old Town - Hidrilik Tower - Marina

Total expenses:
Antalya Cart: 9 TL
Antalya Museum: 20 TL
Börek: 1.5 TL
Tram: 2.5 TL/round trip
Mineral Water: 3TL
Postcard: 1.5 TL


End of Day 5.

No comments: