Friday, May 1, 2020

Nota Pertama di Tahun 2020



Tahun 2019 melabuh tirai dengan kenangan yang manis serta hal-hal yang mengembirakan hati saya. Banyak sekali mimpi-mimpi yang menjadi nyata. Iya tahun itu, tahun 2019 dan saya menulisnya selepas lima bulan kita ditahun baru. Seperti biasa, saya hidup dalam garis waktu yang berbeza.

Dalam keletihan menjalani hari-hari yang panjang, saya selalu berkira-kira mahu mengambil cuti sehari dua. Cuti yang hanya mahu dihabiskan dengan bermalas-malasan di rumah. Tapi agaknya perancangan Tuhan itu lebih hebat ya, penularan wabak Coronavirus yang akhirnya menjadi asbab untuk tinggal di rumah lebih lama.

Hari ini hari ke-45 semenjak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Dalam tak sedar, dah nak masuk dua bulan kita menjalani hari-hari dirumah sahaja.

So how was your day?
Berapa banyak angan mu yang berlalu menjadi angin?

Pagi tadi usai Subuh, ternampak satu post dari IG Ustaz Zahid Zin dan saya sangat tertarik dengan kata-kata dalam salah satu video beliau:

“Kita tak akan faham apa yang Allah nak kan dalam kehidupan kita. Dan sekalipun kalau Tuhan fahamkan kita satu sahaja sebab kenapa Tuhan tak izinkan doa kita termakbul, mungkin kita akan faham bahawa sebenarnya penolakkan doa-doa itu adalah sebahagian pemberian Allah”

Too deep, sungguh hal yang berkaitan dengan hati tu sangat sukarkan? Ditengah pandemik COVID-19 yang entahkan bila akan berakhir, kita dipaksa akrab dengan berbagai ketidakpastian. Banyak hal yang menjadi tanda tanya dan meresahkan kita.

Dan hidup terus berputar dalam norma yang baru, yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Saat rencana hanya tinggal rencana, kita belajar menyesuaikan diri dengan rencana-Nya. Moga Tuhan sentiasa melapangkan dan meluaskan hati kita untuk itu.


yang masih bertahan,
Norizan Syahnan

No comments: