Dari UMP kami ke Rompin
Pada awalnya aku rasa tension sangat, apa pasal la program ni buat dekat sangat dengan tarikh Konvensyen MPP. Ialah cuba bayangkan pening balik dari Batu Pahat tak hilang lagi, ditambah dengan sakit kaki turun naik tingkat empat untuk pindah barang lepas tu kena ikut pulak program ni. Memang gila-gila punya tension la.
Tapi masuk je hari pertama hati aku mula berubah. Aku lebih mengenali diri aku sendiri. Pelbagai input dan rahsia yang dikongsi oleh Prof. Dato’ Fazilah Kamsah selaku Fasilitator untuk program ini. Cara penyampaian Haji yang sangat santai dan sempoi membuatkan kami tak kering gusi. Antara Slot yang dikendalikan oleh beliau adalah: Analisis Kendiri Pemimpin Pelajar, Masalah & Cabaran untuk Transformasi serta Transformasi Diri Melalui Pemerkasaan Hubungan dengan Tuhan
Slot pada malamnya pula diganti dengan Ustaz Ebit yang juga merupakan konsultan di Excel Training. Kadang-kadang tu mengantuk juga aku dibuatnya, tapi cepat-cepat aku tahan mata untuk mengelakkan dari terlepas ilmu yang yang sangat-sangat bernilai.
Hari kedua di sana, kami diberikan pendedahan dalam menangani stress oleh Kak Rohani. Banyak masalah yang dikongsikan oleh peserta. Dalam slot ini, aku nampak para pemimpin yang hadir untuk program ini lebih terbuka untuk berkongsi masalah dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat diri mereka. Syabas aku ucapkan buat semua yang telah hadir program ini.
Kita sama dik!
Aku tersentuh saat Ustaz Ebit meminta aku untuk berkongsi pengalaman yang paling indah pernah aku lalui. Dan semestinya bagi seorang anak, tidak ada apa yang lebih bermakna daripada menghadiahkan sebuah kejayaan buat ibu dan bapanya.
Aku sendiri pelik, tiap kali aku bercerita tentang mak dan ayah pasti akan ada air mata yang bergenang. Saat bercerita soal kedua orang tua ku, aku menjadi begitu sensitif dan mudah menagis. Lantas aku ditegur oleh andak.
“Kita sama, andak pun macam tu jugak. Dalam family, andak anak pertama yang masuk U”
Aku diam tidak membalas. Dada ku sebak menahan tangis.
Cerita kita tidak akan sama! Biar pun sinopsisnya hampir serupa, kita tetap mempunyai jalan cerita yang berbeza. Masing-masing mempunyai wataknya yang tersendiri. Kita semua ditakdirkan bertemu, lalu terciptalah satu bahagian yang baru. Dan sudah semestinya kita-kita ini akan menjadi watak-watak sampingan dalam cerita yang lain. Begitulah pertaliannya.
Masa untuk berubah!
Program tiga hari dua malam itu telah pun berakhir. Aku sangat bertuah antara beribu mahasiswa di UMP, aku adalah antara yang terpilih untuk mengikuti program ini. Terima kasih kepada pengurusan UMP yang menghabiskan berpuluh ribu untuk pemimpin pelajar seperti kami. InsyaAllah segala ilmu yang aku dapat daripada program ini akan aku kongsikan bersama-sama teman yang lain. Dan kini masa untuk aku berubah!
No comments:
Post a Comment