Monday, October 26, 2009

1988 - 2009 = 21

Selamat Hari Jadi NORIZAN. Umur kamu sudah bertambah satu tahun lagi.


Aku agak terkejut apabila teman-teman In-Smartive merancang untuk membuat supprise party untuk aku, paan dan juga adam yang turut meraikan ulang tahun mereka pada bulan Oktober. 21 tahun aku hidup inilah pertama kali orang meraikan hari jadi aku. Simple but so sweet. Terima kasih sangat-sangat.

Acapkali bila tiba ulang tahun kelahiran, aku teringat akan seseorang

E M A K


Entah kenapa hati aku sangat terpanggil untuk menghubungi emak. Aku yakin emak pasti lupa. Telefon ku capai nombor emak ku dail. Di hujung sana kedengaran emak begitu ceria seperti selalunya. Bercerita tentang itu dan ini. Mulut aku terasa berat, namun ku luahkan juga:
“mak hari ni hari jadi jan”
“owh a’ah. Selamat hari jadi semoga panjang umur, murah rezeki” ucap emak
Lama aku senyap menahan sebak
“mak terima kasih eh lahir kan jan, besarkan jan. Jan minta maaf kalau ada buat salah silap ngan mak” air mata ku menitis
Dihujung talian kedengaran sayup suara emak “a’ah, tak pe mak maafkan”
“ok lah mak, kirim salam kat ayah eh, assalamualaikum” Makin lama, makin sebak aku dibuatnya segera talian ku putuskan

Terlepas jua apa yang terbuku di hati aku. 21 tahun aku simpan akhirnya hari ini aku ucapkan
T E R I M A K A S I H E M A K

Aku tak mahu bertangguh lagi kerana aku takut sekiranya tiada yang ke-22 buat aku. Terima kasih kerana melahir, membesarkan dan mendidik aku sehingga aku menjadi aku yang kini.

Mungkin ada yang mengatakan aku begitu bodoh dan sangat teruk. Mengambil masa selama 21 tahun untuk mengungkapkan 2 perkataan yang mudah. Tak kisah la apa yang mereka ingin katakan, yang pasti aku sudah melakukannya.

Buat teman diluar sana ungkapkanlah jika anda masih belum mengungkapkanya. Jangan tunggu sehingga hari esok kerana hari esok masih belum pasti buat kita. Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada, berbakti lah pada mereka selagi kita punya masa untuk berbuat demikian.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi ruang untuk aku terus merasi indahnya pelangi kehidupan, menikmati hangatnya mentari dan sejuknya rintik hujan untuk yang ke-21 ini.


p/s: thanks also to all my classmate for celebrating our birthday. Semoga ukhwah kita kekal selamanya.


2 comments:

law said...

Jeles kt ko dik sb de jgak org raihkan hari kelahiran akhirnya..
tp sya msih xdpt2 lg merasai prsn itu..namun sya terima jer yg seadanya..huhu

thanx for follow my blog...

norizansyahnan said...

nanti r aku tlg celebrate ko nye bday...
tp tyme tu kne trun kl r...
sebb aku da g LI(klu x extend la) wawawa...
sure aku blanje ko la..