Thursday, June 10, 2010

Kisahnya belum cukup sempurna~

SEBAK. Hanya itu yang dapat mengambarkan perasaan aku tatkala ini. Ia hadir mengisi segenap ruang atmosfera yang kadang-kala membuatkan aku sesak dan tenggelam dalam air mata. Zai dan Siti dah lama pulang, hanya tinggal aku dan Thiya menghabiskan hari-hari terakhir kami di Universiti Malaysia Pahang.

Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini hanya kata-kata melankolik yang memenuhi status facebook teman-teman di UMP. Barangkali sedih kerana bakal meninggalkan kampus. Kurang empat hari lagi aku dan rakan-rakan akan memulakan buku baru. Menjalani latihan industri, memikul tanggungjawab, dan menggalas beban bagi melengkapkan pengajian kami sebelum bergelar graduan.

Tiga tahun di sini, banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Rasa seperti baru semalam mendaftar sebagai mahasiswa UMP. Dengan muka nerd dan skema tahap gaban  mengikuti Program Minggu Induksi Siswa. Perkenalan dengan Siti, Thiya, Zai dan teman-teman lain mewarnakan kanvas putih yang begitu kusam lalu mencorakan warna pelangi yang sangat indah.

Masa berlalu pantas, meninggalkan hari-hari semalam penuh dengan kenangan dan kerinduan. Selepas ini masing-masing membawa haluan sendiri. Aku di Petronas, Zai di MIMOS dan Thiya di PNB. Tinggal Siti yang sahaja yang meneruskan pengajiannya di UMP. Lepas ni dah tak boleh nak cari gaduh macam selalu. Korang mesti rindu ngan bebelan aku. gerenti punya lah~

Untuk Siti kawan aku masa susah dan senang, yang selalu tunggu aku pagi-pagi untuk pergi kelas, yang akan kejut aku kalau terlewat bangun, yang selalu ingatkan aku tentang homework, jagan sedih-sedih bila kitorang tak ada ok. Gud Luck for next Semester. Buat yang terbaik, jaga diri elok-elok sebab ko dah tak ada Mar, Sarah, Izzah, Mint atau pun kami yang akan bantu ko kalau kena gastric. Kalau free nanti turun la KL, jumpa kami. Hehehehe

Untuk roomate aku adhi dan aya, adik beradik MPP dan teman-teman In-Smartive yang lain, Selamat berjuang untuk PSM yek~! Jumpa lagi semasa bergraduasi nanti.

Untuk Thiya dan Zai, sorry eh kalau aku ada buat salah dengan korang berdua. Terima kasih sebab selalu pinjamkan telinga korang untuk dengar aku membebel. Terima kasih sebab pasrah je bila kena buli dengan aku. Terima kasih sebab bagi aku menang tiap kali kita bergaduh.

Aku minta maaf banyak-banyak kat korang semua andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, termarah tak tentu pasal sepanjang kita berkawan. Halalkan apa yang pernah aku ambil dari korang semua. Thanks for the wonderful friendship that you have given to me~ Moga persahabatan kita kekal selamanya.

2 comments:

Lensa Camera 171 said...

salam...waaa...cantik ler shot kamu amik..new bloger...nice 2 meet u ya...

norizansyahnan said...

hye...thanks for visiting my blog~