Sunday, May 30, 2010
Cita-cita saya nak jadi....
Pasti korang pelik kan kenapa aku tulis entry ni? Dah masuk tahun akhir tapi masih tertanya-tanya lagi apa cita-cita aku. Dah ambil course Software Engineering dah tentu-tentulah akan jadi Software Engineer tak pun Developer ke, Software Designer ke atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya . Tapi itu bukan apa yang aku impikan.
Ingat lagi tak masa kanak-kanak ribena dulu. Cikgu selalu tanya:
“Apa cita-cita kamu?”
Pasti yang ramai menjawab
“saya nak jadi cikgu!”
“saya nak jadi polis!”
“saya pula nak jadi Bomba!”
Tiga pekerjaan yang sangat popular time sekolah rendah
Aku ingat lagi jawapan pertama yang akan keluar jika soalan itu di tanya kepada aku. Aku ingin menjadi seorang guru. Entah kenapa aku memilih menjadi seorang cikgu. Mungkin keadaan sekeliling menjadikan aku sebegitu. Aku tidak punya satu role model yang begitu bekerjaya. Ayahku cuma seorang buruh kasar manakala emak hanya seorang pekerja kilang. Abang dan kakakku pula masih di bangku sekolah. Jadi insan yang paling dekat untuk dijadikan idola adalah CIKGU.
Bila masa berlalu pergi cita-cita aku turut berubah. Seawal Tingkatan Satu aku mula bercita-cita untuk menjadi Fashion Designer. Habis segala majalah fesyen milik pak cik aku selongkar untuk mencari idea tatkala pulang ke kampung (jangan tak tahu pak cik aku pun seorang penggemar fesyen huhu). Teringat aku pada lakaran dress kuning yang pernah aku reka. Dress labuh dengan manik tabur di bahagian dada. Aku tak pasti kini wujud ke lagi ke tak kertas lakaran tu. Mungkin dah habis di buang emak ketika tinggal di setinggan dulu.
Naik je Tingkatan 4 aku telah berpindah ke Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban (STTJ). Minat yang mendalam dalam aliran teknikal membuatkan aku bercita-cita menjadi seorang Architect tak pun Interior Designer. Masa tu aku yakin sangat dan itu yang aku pegang sampai abis matrik.
Tapi bila datang je interview untuk course Architecture, baru lah aku sedar yang aku sebenarnya tak layak untuk menjadi seorang Architect. Ingat lagi masa temu duga kat UTM KL, salah seorang panel tu tanya aku adakah aku bersedia untuk gagal? Aku terdiam sebab aku sendiri tak pasti. Sepanjang hari aku berfikir mencari jawapan. Secara jujurnya ketika itu, aku takut akan kegagalan. Bagi aku, gagal dalam pelajaran bermakna aku gagal menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh kedua orang tua ku. Kadang-kadang terfikir juga mungkin itu sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk aku.
Pernah juga aku terfikir nak jadi Polis tak pun Askar. Nak tahu sebab apa? Sebab aku suka uniform dia.Hahaha rasa macam kelakar la pulak. Bagi aku seragam itu melambangkan segalanya: kesepakatan, kerjasama, integriti dan lain-lain lah. Siap dah ambil borang nak masuk ATMA yang sekarang ni dah jadi UPNM. Tapi disebabkan BMI aku tak cukup time tu, aku pun pendamkan je lah hasrat dan keinginan itu.
Puas juga aku fikir course apa la yang aku nak ambil masa habis matrik dulu. Selepas istikharah dan memohon petunjuk daripada Allah, aku pun memilih untuk sambung pengajian aku di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam jurusan Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian).
Alhamdulillah kini dah hampir tiga tahun aku di UMP dan insyaAllah semester hadapan aku akan menjalani latihan industri. Walaupun dulu UMP tak sehebat universiti-universiti lain, aku tak pernah menyesal dengan keputusan yang aku buat. Cuma kadangkala aku berkecil hati dengan sikap kawan-kawan aku yang seolah-olah merendah-rendahkan aku disebabkan pilihan yang aku buat. Bagi aku, yang penting adalah pembawaan diri sendiri yang akan menetukan kejayaan kita dalam sesuatu bidang bukan sebab universiti itu hebat atau tidak.
Tapi tak semestinya aku ambil course Software Engineering aku akan bekerja sebagai Software Engineer atau pun pekerjaan yang seangkatan denganya. Mungkin aku akan jadi seorang usahawan ke atau pun pekerjaan yang tak ada kena mengena pun dengan course yang aku ambil. Siapa tahu? Tapi apa yang penting adalah kita punya impian dan cita-cita yang tersendiri. Apa yang kita ingin capai dalam hidup. Bak kata orang manusia tanpa cita-cita umpama kertas ditiup angin. Tidak punya arah tujuan.
Nak tahu siapa yang tidak punya cita-cita? Aku akan ceritakan kisahnya dalam entri yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
nice entry.
nnti aku cerita kan cita2 aku pulak.
:D
ijan.. suke post nih..
nk komen cket pasal cita2 tu kn, sbnrnye kite xkn tahu kite ni cenderung ke arh mana sampailah satu ms nti bila da keje.. br kite akn tahu.. kite lbh minat ke arh mne.. xkesala apa cita2 sekalipn, yg penting kite minat, ikhlas dan halal.. all the best ijan in future.. :) hehe..
Adek~ jadilah diri sendiri baharulah kita tidak akan pernah menyesal....
You've got alot of talent inner u.seriously.I know coz I observed all my MPP ablity and adek got somthhing extra that will push u forward...
Dah ada calon,kahwen cepat2...naseihat ikhlas drpd andak yg dah punya sijil kursus kahwen~
sufi x habis2 cite pasal kawen...
ijan...ko punye perjalan cita2 sebijik mcam aku, guru-fashion designer(pernah lukis2 baju gak)-interior designer. yg ujung je lain-animator...
p/s: adakah kite berjodoh?..hihihihi
azie & ct : thanks
aisyah: mungkin~ hehehehe
suffi memang begitu, maklumlah org dah ada sijil kawen~
Post a Comment