Wednesday, August 25, 2010

Formula mudah untuk berjaya~

“Aku dah berjangkit dengan kau~!”
“Berjangkit dengan aku? Aku ada penyakit apa?”
“Kau tak tahu kau ada penyakit ke?”

Ntah bagaimana boleh terbuka cerita lama. Terkejut juga bila pulak aku yang sihat walafiat pada zahirnya ni dikatakan ada berpenyakit. Lantas teringat peristiwa semester lepas, aku pernah menegur…not exactly menegur lebih tepat marah kot sebab datang pinjam nota yang aku buat.

Sebenarnya tak kisah pun nak pinjam, tapi mungkin waktu tu stress sebab banyak chapter yang tak cover lagi sedangkan exam tak sampai 24 jam. Aku ni yang bersengkang mata buat nota pun baca macam angin lalu je. Dia pulak datang bilik aku dengan senang hati

“ijan nak pinjam nota”

Apa lagi aku pun hangin la. Hahaha…Sorry la geng. Tapi aku rasa memang perangai kot, tak suka nak bagi sesuatu mudah-mudah jer kat orang lain terutama sekali yang berkaitan dengan pelajaran. Bukan kedekut ilmu tapi aku nak mereka belajar~! 

Ingat lagi dulu zaman kat matriks, classmate slalu minta nak photostat mind map Kimia aku. Sekali lagi aku ulang, aku tak kisah andai ingin menjadikan nota aku sebagai rujukan tapi bukan dengan photostat. Korang melutut bagi aku RM10 juta mungkin aku boleh pertimbangkan pun jangan harap la aku nak bagi.

Aneh, kadang-kadang ada orang nak berjaya, tapi tidak mahu bersusah payah untuk itu. Adakah mereka mengharapkan assignment bertimbun boleh siap dengan sekadar memetik jari? (ala macam dalam cerita silap mata tu) Ataupun mengharapkan alat-alat dari Doraemon untuk membantu mereka. Hello…wake up guys, ini bukan cerita cartoon ok~!


USAHA, DOA, TAWAKAL
Rasulullah pernah menegur secara bijaksana terhadap orang Badui yang memahami tawakal hanya pasrah saja kepada Allah tanpa ikhtiar. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Anas bin Malik, suatu ketika seorang laki-laki datang kepada Rasulullah sambil meninggalkan unta tunggangannya, seraya berkata, "Aku lepas untaku dan aku bertawakal." Maka, Nabi berkata, "Ikatlah ia dan bertawakallah kau."

Begitu juga konsepnya dalam kehidupan kita sebagai mahasiswa (masih punya beberapa bulan untuk menyandang title itu). Berusaha sehabis baik dahulu baru tawakal. Bukan usaha yang membuahkan hasil, tetapi Allah s.w.t yang memberi rezeki atas usaha yang kita lakukan.  Ini tidak, asal keluar exam je dialog yang selalu kedengaran:

“Amacam geng boleh buat tak?”
“hurm tawakal je la..”

Usaha tanpa tawakal adalah sombong, tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong


8 comments:

aZie 4eVa said...

yeah...
like this post..
mostly rmai manusia mcm tu..
xnk berusaha lbh, tp nk berjaya..
bkn kedekut, tp nak sm2 berusaha..
moga jd pengajaran utk sume.. :)

Siti Farhana said...

haha. sudah lmaa tdak mndengar kau mnyebut 'hello~'.
:)

WaFa' aN-NiSa' said...

ska3..ska sgt entry ni..hehe..pas2 tgk gmbr bdk2,teringt pgrm kt chini.. ;)

Tuan Tanah said...

oit,aku baru lagi dalam blog ini..baru dua minggu..cepat jadi follower aku yang ke seratus.. :)

achik said...

i loikeee~! =)

wan fathiyah said...

aku tahu sape yang cakap ayat awal2 tuuuuu.."aku dh bjangkit dgn kau"..
ayat "ijan nak pnjm nota" pon aku th spe....hahahahahahaha..

2 ayat aku y punya..hahahaha

by d way, nice entry..i loike~!

ko sahabat y hebat sbb dh sedarkan aku..hehe~

Robot | Sakti said...

mengharapkan assignment bertimbun boleh siap dengan sekadar memetik jari? (ala macam dalam cerita silap mata tu) Ataupun mengharapkan alat-alat dari Doraemon untuk membantu mereka. Hello…wake up guys, ini bukan cerita cartoon ok~!

hahaha.. I LIKE THIS.

beri kesedaran pada aku jugak.
rasa bersemangat lak.
weeee :D

norizansyahnan said...

thiya: pas chat hari tu tetiba dpt idea nak tulis psl entry nih..

azrul: hahaha thanks, semoga ko terus bersemangat~