Monday, August 2, 2010

Wanita dan high heels...

Ada yang mengatakan wanita begitu anggun dan feminine dengan kasut tumit tinggi. Tidak kurang juga yang mengatakan mereka kelihatan seksi malah ada yang berpendapat tahap keyakinan mereka bergantung kepada ketinggian kasut. (hurm ada ke macam tu??)

Pernah juga aku cuba untuk memakai high heels. Tak ada lah selesa mana pun. Barangkali kesan daripada kaki aku yang pernah terseliuh beribu kali (sekadar metafora). Sakit dan Lenguh tapi kenapa wanita suka pakai?

Dalam pengiraan kasar, setiap hari manusia mengatur 10,000 langkah dan ini bersamaan dengan kira-kira 115,000 kilometer (km) bagi satu jangka hayat. Angka ini mencukupi untuk melakukan empat pusingan mengelilingi bumi dengan hanya berjalan kaki!

Bebanan yang ditanggung oleh kaki sewaktu berjalan adakalanya melebihi berat badan kita. Tekanan tersebut boleh mencecah sehingga empat kali ganda (berat tubuh) apabila kita berlari. Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

"Sebenarnya, kira-kira 75 peratus manusia dianggarkan akan mengalami masalah kaki pada sesetengah peringkat kehidupan mereka. Tetapi kaum wanita adalah empat kali ganda lebih tinggi risikonya kerana kecenderungan untuk kelihatan cantik," ujar Guido salah seorang pakar dalam bidang ortopedik
  image from washingtonpost

Berikut adalah risiko memakai kasut bertumit tinggi :
1. Jejaskan peluang untuk mendapatkan anak.
2. Punca rambut gugur.
3. Kasut tumit tinggi berukuran 12.7 cm boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita.
4. Menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang dan bahu menjadi sakit.
5. Menyebabkan pening dan kitaran haid tidak teratur.

Tips Pemilihan kasut :
1. Pastikan saiz kaki kamu, kerana kaki akan menjadi panjang dan lebar seiring usia.
2. Bandingkan kelebaran kasut dengan kaki. Elak kasut yang boleh menyesakkan kaki kamu.
3. Cuba kedua-dua belah kasut ketika membeli.
4. Ketahui material kasut tersebut.
5. Kasut yang selesa ialah kasut cermat dan kemas dibuat, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung dengan stabil.
6. Jangan beli kasut kerana jenama dan harga, sebaliknya pentingkanlah keselesaan.

image from inmagine

Sumber: kosmo, utusan

1 comment:

Siti Farhana said...

nasib baik aku tak reti pakai heels.
selipar jepun jugak mnjadi pilihan hati.
heheh.