Sunday, November 28, 2010

120 hari penuh dengan kenangan

Hari pertama aku di PETRONAS bermula dengan Mesyuarat mingguan yang dipengerusikan oleh Zulkifli M Alias aka Zool Alias. Serius berdebar, macam nak luruh jantung aku berdepan dengan pak cik ngan mak cik manager-manager, Supevisor dan staff-staff SPDI yang semuanya hampir sebaya dengan mak ayah aku. Terasa kerdilnya diri di mata mereka.

Shahbi, Hezry, Mazli & Kak Suria antara SIFU aku di SPDI. Diorang ni lah yang banyak ajar aku tentang daily operation. Macam faham je, kalau muka aku blur time meeting, Hezry akan cakap : “Kau ingat benda ni, nanti tanye aku lepas meeting”. Kak Suria pulak : “Ijan, saya ada task untuk awak, tolong sediakan lima soalan tentang SPDI yang awak nak tahu”. Tapi sampai ke sudah, dia jawab dua soalan je, tiga lagi masih berkubur dalam notebook aku. En Amin pulak ustaz kat department kami. Selalu bagi Tazkirah Jumaat. Diorang ni semua sekepala. Biarpun kadangkala kepala otak dia orang macam tiga setengah sikit, but I enjoy working with them.

Hj Yahaya, En Zainal, Abang Harun, Abang Ajak, En Najib, Kak Jun, Kak Piah & Kak Imah ni dah pangkat ayah ngan mak aku dah. Mereka ni antara orang lama kat department ni. Kak Athidyah dengan Hidayah antara staff yang rapat dengan aku. Asal makan je ajak aku, asal aku je mesti ajak makan.

Si Ikram pulak adalah contract staff kat SPDI, dia ditugaskan untuk develop system untuk department aku. Antara tugas terakhir aku adalah menolong dia menyiapkan projek tu. Aku banyak belajar php dari dia. Dialah yang selalu menyesakkan otak aku dengan masalah programming.

Lastly, new member in SPDI is Ikram Rahim aka Iky, Analyst yang menggantikan tempat Shahbi. Join SPDI awal November lalu. Di sebabkan dialah aku tak ada cubic dan di campakkan ke tempat Hj. Yahaya yang bercuti mengerjakan Haji. Tak apalah aku mengambil berkat Tuan Haji Manager.

Hampir terlupa Bos Besar aka Senior Manager aku yang paling sporting. Jeng jeng jeng

Mr. Zool Alias
korang tengok cara dia pakai sampin, macam mini skirt kan...

Tapi awas sporting-sporting jugak, jangan cuba cari pasal. Kalau tidak …HABIS la kena sembur.

Enam bulan lalu selepas beberapa minggu mendaftar masuk ke SPDI, aku menyangka keputusan untuk membuat latihan praktikal di PETRONAS adalah satu kesilapan. Tapi aturan Allah itu tidak akan pernah silap. Di situlah bermulanya satu lagi babak baru dalam kehidupan aku. 

Professionalism, Leadership and Teamwork. That's what I've learned. Biarpun tidak banyak ilmu berkaitan dengan Software Engineering mahupun programming yang yang aku pelajari di sini, aku tetap bersyukur kerana saban hari ada sahaja perkara baru berkaitan yang aku pelajari

Paling best, bila dapat Senior Manager who are really supportive. Always give me an opportunity to gain experience as much as I can. And now I admit something:
"For everything you have missed you have gained something else,
and for everything you gain you lose something else”

Alhamdullillah berakhir sudah latihan industri di PETRONAS. Gembira, sedih dan gementar semua perasaan berbaur menjadi satu. Gembira kerana sudah Berjaya menamatkan pengajian aku dalam bidang Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian). Dalam masa yang sama sedih kerana aku sudah tidak bergelar mahasiswa lagi. Dan yang paling penting aku sedih kerana perlu mengucapkan selamat tinggal buat teman-teman di SPDI. Gementar yang tidak berpenghujung kerana selepas ini aku akan memasuki alam pekerjaan. Memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mengharungi lebih banyak dugaan dan masalah. 

Buat teman-teman BSC & BCN Universiti Malaysia Pahang yang sudah menamatkan latihan industri, tahniah aku ucapkan. Mana yang bakal menamatkan latihan pada 3 Dec ini atau pun extend LI sehingga hujung tahun ini teruskan usaha, tingkatkan semangat. Tahniah juga, buat mereka yang dah dapat kerja. Buat yang masih mencari dan menunggu tawaran seperti aku, jangan terlalu risau. Berita baik masih dalam perjalanan {^_^}v

During my last day


Potong kek macam birthday party la pulak.

Iron Lady in SPDI, Kak Suria and Shahbi, my supervisor. Both are scheduler for clean product

Mazli(Left), Manager for Demand Integration & Operational Improvement, and Hezry
(Blue shirt with songkok), Scheduler for Special Product

From left: Abang Ajak, Abang Harun and Iky

From right: Kak Piah, Kak Imah, Kak Jun, Hidayah, me and Kak Athidyah

My work station. Semoga berkat Tuan Haji Manager melekat kat aku sepanjang empat 
minggu menumpang tempat dia

Tempat Hj Yahaya ni memang best, dah la kat hujung skali tambah pulak dengan  panorama KL, tenang je.

Having great experience working with them. They are really awesome.
Paling penting, aku pasti akan merindui kesengalan mereka {^_^}

5 comments:

Aisyah said...

tahniah...tamat LI sudah..

Siti Farhana said...

tahniah kawan.
doakan aku pulak tempuhi praktikal sem depan.

norizansyahnan said...

hahha kamu juga aisyah, ke xabes lagi?

siti: kami nak g melancong ke penang
bleyh ka?

aZie 4eVa said...

ijan,

tahniah da tamat..
insyaAllah rezeki ade nti..
selamat menempuhi dunia baru.:)

!.~@Dark Kurosaki@~.! said...

Alhamdulillah..dah abis..hehe