Wednesday, December 25, 2013

Monday, December 23, 2013

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 3) - Seoul

Untuk hari ke tiga ni, kami memulakan perjalanan ke Myeong-dong. Tak lama pun singgah kejap je sebab nak cari kasut Fatin. Kesian benor tengok dia, kaki habis melecet. Kalau dekat Malaysia, saya boleh consider Myeong-dong ni macam Bukit Bintang. Shopping district yang banyak butik-butik berjenama.

Sebelum memulakan perjalanan, bergambar depan rumah shaqifah yang sebesar kotak mancis


Daripada Myeong-dong kami terus ke War Memorial of Korea. War Memorial of Korea adalah salah satu tempat yang saya sangat-sangat recommendkan anda untuk singgah jika ke Seoul. Kenapa? Muzium dia sangat menarik dan interactive. Ada movie, ada gempa bumi, ada macam-macam lagi lah. Sure tak boring.

Sebelum tawaf satu muzium, isi perut dahulu


Tengok movie kejap

 
Freedom and peace are not free (credit to Fatin)


Selepas War Memorial of Korea, kami meneruskan perjalanan ke 63 Sky Art, Sea World, Wax Museum & KBS. Sebenarnya saya pun tak berapa pasti apa tujuanya kami ke KBS. Tapi memandangkan itineraries Seoul di rancang oleh fatin, we just follow as what she had planned.

We decided to walked from Yeouido Station to KBS. Nampak macam dekat je. Tapi tak pasti apa yang sebenarnya membuatkan kami sesat, map atau signboard? hurm at the end setelah berkilokilo meter berjalan kaki kami berputus asa untuk ke KBS dan hanya duduk-duduk melepaskan lelah di Yeouido Park. Kesian jugak dengan fatin, saya rasa mesti dia kecewa tak dapat jumpa artis k-pop.



Setelah bersesat larat di Yeouido kami terus ke 63 City menaiki teksi. 63City ni one of Seoul’s most well known landmarks. Ada beberapa attraction dekat dalam bangunan ni antaranya 63 Wax Museum, 63 Sky Art and Sea World. Bagi saya tempat ni biasa-biasa sahaja. Wax Museum pun tak banyak famous figures.
 
beautiful scenery belatar belakangkan Hangang River

End of day 3, Coming up next, our journey to Naminara Island =)

Saturday, November 16, 2013

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 2) Part II - Seoul

Bersambung dari entri yang lepas

Dari National Folk Museum kami ke Gwanghwamun Square yg terletak bertentangan dengan Gwanghwamun gate. Ada beberapa attraction di Gwanghwamun Square tapi kami hanya singgah di The Story of King Sejong Exibition Hall sahaja. Itu pun tak larat nak pusing sampai habis sebab letih sangat berjalan tambah dengan mengantuk dan lapar. At the end kami hanya duduk-duduk melepaskan lelah.


Masa jalan-jalan dekat Gwanghwamun Square ni, nampak ada orang buka booth. Memang ramai orang kerumun booth dia. Rupanya boot tu sewakan baju Maharaja pada pengunjung yang datang. Kami pun tak mahu melepaskan peluang and yep we can try for free!

Dalam 4.30 petang kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Namsan Tower. Dari Gwanghwamun Square, kami naik subway sampai ke Seoul Station dan ambil teksi untuk ke Namsan Tower. Actually teksi ni dia tak hantar sampai atas pun, dan memang tak dibenarkan pun untuk naik sampai ke atas. Dia drop off kami kat tepi jalan dan suruh kami berjalan kaki naik ke atas. Waktu ni kami dah kelaparan tahap dewa, excited berjalan punya pasal sampai makan pun tak hengat. Kami berhenti makan sebelum meneruskan pendakian.Selesai makan, perut pun kenyang kami menaiki shuttle bus untuk ke Namsan Tower. Boleh jugak kalau nak jalan kaki tapi semput jugak la.


Nak naik ke observation deck ni ada admission fee dalm 9k ₩ tak silap. Kami ambil satu ticket biasa dan satu lagi ticket couple which is much more cheaper, dapat pop corn dan air lagi. Boleh la alas perut semetara nak tunggu dinner.

Masuk je kt dalam loby namsan ni, ternganga sekejab. Ramai nye la orang menunggu. Kami dah siap beratur ingatkan first come first serve, rupa-rupanya, ikut nombor ticket. Bila nombor ticket dah dipanggil baru la boleh beratur untuk naik ke observation deck. Sementara menunggu tu, sempat lagi tengok-tengok souvenir dekat gift shop Namsan Tower. Tengok-tengok je, tak beli pon. Tapi bila sampai rumah rasa macam menyesal plak tak beli. 
Seoul city dari Namsan Tower. (Credit photo to fatin)
(Credit photo to fatin)
 Pokok Krismas, eh bukan pokok mangga =)
(Credit photo to fatin)
(Credit photo to fatin)
(Credit photo to fatin)

Dalam pukul 9 malam, kami pun bergerak pulang. Dari Namsan Tower kami naik cable car untuk turun semula ke bawah. First time naik cable car, seriau jugak. Takut cable car terputus hahaha. Done with day 2 , InsyaAllah sambung lagi nanti untuk hari ketiga ;)