Cont. from previous
post
Puas menikmati bayu laut di Seongsan Ilchulbong kami ke
Seopjikoji. Tak silap saya Seopjikoji ni adalah salah satu lokasi pengambaran drama Korea. Pemandangan dia pun cantik ada banyak bunga-bunga lagi tapi sayang tak larat nak explore sampai ke hujung sebab sibuk bergamba dan ehem kami di warning oleh Mr Kim supaya spend only 45min sahaja di sini.
pemandangan kat sini sangat awesome, jatuh cinta ngan bunga-bunga ni!
Few places to go dan kami sangat-sangat mengejar masa.
Dari Seopjikoji kami ke
Jeongbang Falls. Jeongbang Falls adalah satu-satunya air terjun di Asia yang mengalir terus ke laut. Kami singgah sekejab sahaja di sini sebab rushing ke Jusangjeolli Cliff. Sayang sangat sebab tak banyak gambar kat sini sebab Mr Kim pegang camera saya. Dia yang tersangat baik hati nak tolong tangkapkan gambar tapi malangnya saya ter set manual focus dan semua gambar yang dia tangkap tu bluuuur. Sangat sedih wuuuu!
singgah sebentar beli sotong bakar buat alas perut
Kami tiba
Jusangjeolli Cliff agak petang dan kat situ terlalu ramai umat manusia so memang agak susah sedikit nak cari nice view untuk bergambar. Itupun mujur ada Mr Kim yang dok cari port-port cantik. Mr Kim macam tahu je kegilaan kami adalah bergambar, dan dia tak bagi saya pegang camera sebab kalau saya pegang for sure kami akan lewat ke destinasi seterusnya. =.=’
Ada beberapa tempat yang terpaksa kami batalkan atas kekangan masa seperti Jeju Folk Village dan Cheonjeyeon Waterfall dan Seonimgyo Bridge.
Seonimgyo Bridge tu pun dapat tengok dan bergambar dari jauh je. Kami berehat sebentar untuk solat dan kemudian meneruskan kembali perjalanan ke destinasi terakhir
Cheonjiyeon Waterfall.
Seonimgyo Bridge di kejauhan
Destinasi terakhir kami sebelum pulang, Cheonjiyeon Waterfall
Habis melawat semua tempat, kami di hantar ke
HK Jeju Guesthouse yang terletak di Jeju-si. Dah sampai hostel baru la terasa letih, dapat pulak bilik kat tingkat 3. Jenuh la mendaki tapi malam tu saya dan Dayana sempat lagi pusing-pusing underground market sekitar tempat kami menginap.
End of Day 6: Jeju is awesome!