Malam itu,
kami sepatutnya sudah menaiki bas untuk ke KLIA 2. Hampir sahaja travelmate
saya terlupa beg dompetnya tertinggal di dalam kereta. Kami berpatah balik naik
ke tingkat atas KL Sentral. Saya hanya menunggu di depan restaurant Burger King
sementara teman saya itu mengambil beg dompet dari adiknya.
Dalam sibuk
memerhatikan orang yang lalu lalang, ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Dari
jauh kelihatan dua orang lelaki yang saya sangkakan anak beranak. Pakaianya
biasa-biasa, tapi lelaki yang lebih muda itu memakai t-shirt hitam dan kain
pelikat senteng macam berjalan dalam banjir sahaja lagaknya. Ada kopiah putih
di kepala. Dia seakan meminta sesuatu pada lelaki yang satu lagi tapi tidak di
endahkan. Lelaki yang sedikit berumur itu berlalu ntah kemana akhirnya
menghilang.
Kali ini dia
menukar arah menuju ke arah saya. “Ada sepuluh sen?” soalnya
“Duit tak
cukup lagi sepuluh sen” saya tergamam, cemas kalau-kalau lelaki itu ada niat
lain mahu mengapa-apakan saya. Jam lagi 15 minit mahu ke pukul 12 tengah malam.
Orang lalu lalang pun dah tak ramai.
Cepat-cepat
saya keluarkan sepuluh sen seperti yang di minta.
“Terima
Kasih” ujar lelaki itu sambil menghulurkan kembali duit lima sen kepada saya.
Sekali lagi
saya semacam terkesima. “takpa,takpa ambil saja sepuluh sen tu”
Dia tersenyum,
berkali-kali berterima kasih dan terus berlalu ke kaunter KLIA Express.
Terjawab semua
persoalan saya.
Duitnya tak
cukup nak beli tiket KLIA Express.
Dan yang tak
cukup tu hanya LIMA SEN!
T_T
Diam-diam
saya termenung sendiri
Allah, besarnya
nikmat Allah bagi bila lima sen yang begitu kecil pun terasa besar bila mana ia
boleh melepaskan orang lain yang dalam keadaan terdesak.
Malam-malam Ramadhan
yang penuh hikmah. Saya tak pasti ke mana arah tuju lelaki itu, tapi saya harap
Allah sentiasa merahmati dan memudahkanya disepanjang perjalanan.