Friday, July 31, 2015

Anadolu le mémoire #2


Hari dah petang sangat, tourist pun dah tak ramai saat kami tiba di Aspendos. Sunyi sahaja, hanya ada beberapa bas persiaran yang masih lagi disitu. Mengenangkan betapa panjangnya perjalanan kami dari Perge Acient Site mahu ke sini terasa seakan mahu give up sahaja di tengah jalan.  Hampir sahaja kami berpatah balik kalau-kalau bas yang ditunggu tak muncul petang itu.

Tapi ntah, bantuan selalu hadir saat kita hampir berputus asa. The power of Tawakkul barangkali. Kami Cuma ada dalam sejam lebih untuk habiskan tour di sekitar Aspendos kerana dalam pukul 6.30petang akan ada satu lagi bas untuk membawa penumpang kembali ke pekan Serik.

Tiada bezanya Aspendos dengan ruins yang lain. Mungkin sama tapi sedikit beza dari segi sejarahnya. Kami berjalan perlahan hingga ke bahagian atas. Supprisingly bila sampai kat situ ada one lady yang sedang menjaja barangan cenderahati. Out  of no where, tak tahu dari mana dia masuk dan pelik mana mungkin penjaja dibenarkan berniaga dalam kawasan yang seperti ini.

Salah seorang travelmate saya membelek-belek accessory yang dijualnya. Ada pin, ada rantai tangan dan macam-macam lagi lah. Wanita itu masih lagi memujuk-mujuk kami untuk membeli cenderahati darinya. Seakan tidak menarik hati kami pun berlalu. Wanita itu terus menghulur sebiji pin kecil yang tergantung evil eye pada teman saya. Disematnya laju pada tudung, free katanya. Satu lagi di berikan pada saya. Kami tersenyum lalu mengucapkan terima kasih

Beberapa kali saya dan kawan-kawan melintasi wanita itu dan dia itu masih belum berputus asa menawarkan barang jualanya dengan harga yang murah. Hari sudah semakin senja, ada dua orang tourist yang masih lagi di atas melihat-lihat permandangan Aspendos Theather dan juga sayup-sayup keindahan perkampungan yang terletak di sekitarnya.

Dua orang teman saya sudah lama turun ke bawah. Saya dan Kak Huzai masih lagi sibuk menangkap gambar permandangan dari atas. Ntah kenapa hati kami rasa macam kasihan sangat pada wanita itu, so we decide to share 5 lira each person dan sedekahkan padanya. Kami tak rasa ada lagi orang mahu membeli cenderahati darinya memandangkan kami antara orang yang terakhir melewati kawasan tersebut.

Perlahan kak huzai menghampiri, menghulurkan duit 10Lira. Dia terkejut, refuse to accept lalu dihulurnya 2 utas rantai tangan. So win win situation, dia dapat duit kami dapat barang dan saya seperti melting melihat perilaku indahya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
 
Saya tak tahu berapa  yang dia dapat hasil dari usahnya sehari-hari. Saya juga tak pasti bagaimana dia menjalani hidupnya sehari-hari untuk survive dengan hasil yang tak menentu seperti itu. Satu hal yang saya tahu bumi Allah maha luas, rezeki Allah sentiasa ada di mana-mana untuk orang yang berusaha.

Dan hari itu saya belajar, tidak kiralah sesusah mana sekalipun hidup kita, jauhkan diri dari meminta-minta. Kisah wanita di Aspendos dan seutas rantai tangan.

Wednesday, July 29, 2015

Anadolu le mémoire #1



“Wallahi I hate people who make me like this. They touch my bag and thrown me like animal!”

Tersentak saya dari tidur, seriously ini bukan mimpi! Jam sudah hampir 12 tengah malam. Saya sudah keletihan yang teramat sangat dengan perjalanan kami siang tadi. Tetapi pertengkaran malam itu membuatkan mata saya segar kembali.

Lelaki itu juga pelancong seperti kami. Sedari awal ketika di Istanbul lagi dia sudah beberapa kali diminta untuk bertukar seat. Dan kali ini mungkin dia sudah hilang sabar apabila dihalau keluar dari bas tanpa belas. Masih ingat steward yang bertugas memegang jijik jacket lelaki Yaman yang tertinggal di tempat duduknya. Sangat menjengkelkan!

Saat bas kami berlalu pergi, dia masih belum habis bertengkar dengan seorang lelaki tua. Ada beberapa pelancong lain yang melahirkan rasa tidak puas hati atas layanan mereka pada lelaki itu, namun ia seakan tidak diendahkan. Katanya lelaki tersebut tersilap naik bas. Saya sendiri tak pasti bagaimana dia harus meneruskan perjalananya ke Cappadocia kerana kawasan itu hanya perhentian bas kecil yang makin sunyi apabila larut malam.

keesokkan harinya, bas kami tiba di pekan Nashvehir sekitar 7 pagi. Ramai penumpang mulai turun, hanya tinggal beberapa orang pelancong yang akan meneruskan perjalananan ke pekan kecil Gorome. Kami berempat masih lagi bercerita perihal malam semalam. Sangat kasihan mengenang nasib lelaki yang datang dari bumi Yaman itu. Ntah apa nasibnya ditinggalkan di tengah kota asing berseorangan. Moga Allah mudahkan jalannya untuk sampai ke sini juga.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Hari kedua di Cappadocia, kami mengikuti green tour yang di tempah melalui travel agen. Seawal pukul 9 pagi kami sudah terpacak dihadapan premis travel agensi tersebut. Nak di jadikan cerita, rupa-rupanya lelaki Yaman yang dihalau kelmarin turut mengikuti tour yang sama. Maka tahu lah kami, bahawasanya dia sudah pun selamat sampai ke Gorome. Lucu macam mana Tuhan mengatur hamba-Nya, tapi dalam hati kami sangat-sangat gembira untuk dia. Mungkin satu perjalanan yang panjang, tapi saya yakin pengalaman itu tak ternilai harganya.

p/s: masih mencari-cari mood untuk mula menulis travelog Turki. Haih kemalasan!

Tuesday, July 28, 2015

Reception | Falrazi & Addnin Syuhada


For booking or any inquiries, please email to norizan.syahnan@gmail.com

Sunday, July 26, 2015

Majlis Cukur Jambul | Muhammad Aisy Daiyan


For booking or any inquiries, please email to norizan.syahnan@gmail.com

Sunday, July 5, 2015

Nota Ramadhan #5



Awal pagi tadi booth saya didatangi seorang lelaki yang saya kira seperti pak cik. Lelaki berkulit putih dalam lingkungan awal 60-an. Rambutnya hampir putih semua. Dia tersenyum sambil membelek-belek jubah-jubah saya.

Dia hanya berseorangan, gayanya seperti berminat lalu saya tergur “Jubah tu ada size dari S sampai XXL”

Dia berhenti membelek dan berdiri di satu sudut sambil berfikir. Lama, kemudian bersuara
“Can you understand me?”
Saya gelak “Yes I do”  saya lihat dia tersenyum lega

Lelaki itu mula bercerita. Dia mencari baju yang sedikit loose untuk isterinya. Dia bertanya jikalau saya masih disini lagi esok. Saya menggeleng dan maklumkan yang kami akan berada di sini lagi pada minggu hadapan.

“I think, I love this one” sambil menunjukkan jubah biru itu pada saya.
“Would you mind if I take photo of your cloth?” saya mengangguk membenarkanya

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar. Tiada smartphone yang canggih-cangih cuma handphone biasa yang semacam Nokia flip phone. 

Dia bagitahu saya, dia mahu jalan-jalan dulu dan akan kembali lagi kalau isterinya suka pada jubah itu. Saya mengangguk dan tersenyum. Pak cik tu pun berlalu, beberapa langkah kemudian dia berpaling balik ke belakang melihat kembali jubah yang telah saya sangkut pada tempat asalnya.

Tersenyum sendiri saya melihat gelagat dia. Saya kira dia benar-benar mahukan jubah biru itu untuk isterinya.

Tak lama kemudian, pak cik itu datang kembali. Sambil berbasa basi jikalau saya dapat memberinya best price untuk jubah itu. Selepas tawar menawar, dia setuju untuk membeli Jubah biru itu dengan harga RM 129. Alhamdulillah ada rezeki saya.

Lantas dia mengeluarkan gulungan duit kertas dari koceknya. Dua keping duit lima puluh dan tiga keping duit sepuluh ringgit. “Just keep the change” katanya bila dia lihat saya masih mencari-cari duit seringgit dalam dompet.

“its ok, I have one ringgit” saya menghulurkan kembali wang baki miliknya bersama-sama dengan business card.
“Owh since you gave to me, I’ll take it” he replied with a big smile

Dia mengucapkan “Terima Kasih” sebelum berlalu meninggalkan saya.
“Sama-sama” balas saya kembali

Saya harap dia gembira
Saya harap isteriya juga gembira dengan pemberian kecil itu.

 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Haih dua hari sini, berkali-kali saya jatuh hati.
Jatuh hati pada peribadi-peribadi indah orang yang tidak saya kenal.
Allah tolong jadikan saya seperti mereka juga, boleh?