Pernah sekali kawan saya bertanya sewaktu kami di Jepun hampir dua bulan yang lalu. Apa yang membuat saya merancang ke
Japan awal-awal dahulu. Saya senyap tidak menjawab, cuba memikir kembali apa
sebenar-benarnya yang membawa saya kembara ke bumi matahari tebit ini.
Mengimbau
kembali tahun 2013, saat mencari-cari maklumat berkenaan musim bunga dan Sakura di
Korea, saya terjumpa satu gambar. Subhanallah cantik sangat. Gamba Wisteria
Tunnel di Kitakyushu. Masa itu, banyak jumpa blog yang share gambar Wisteria
Tunnel ni tapi tidak satu pun yang saya jumpa info berkenaan tempat ini. Dari saat situ
bermulalah misi saya mencari segala maklumat tentang Wisteria Tunnel. Semua
maklumat saya simpan berharap sangat dapat kesitu satu hari nanti.
Jepun, Islam tanpa Muslim
Hampir
setahun kemudian, saya terbaca artikel Ustaz Hasrizal dalam website
SaifulIslam.com. Tajuknya sunguh sederhana: "Perlukah
Jepun Kepada Wa al-‘Asr?". Soalanya santai dan bersahaja,
“Kalau kita
mahu ajak orang Jepun kepada Islam, apa yang Islam hendak tawarkan kepada orang
Jepun?”
Mengajak
satu kaum yang bermasalah kepada Islam, untuk menyelesaikan masalahnya dengan
Islam sebagai penyelesaian, mungkin jelas hujung pangkalnya.
Namun,
bagaimana hendak mengajak satu kaum yang begitu kemas tatacara hidupnya? Sebuah
negara yang begitu maju, bersih, dan menepati masa seperti Jepun, apa lagi
sebab untuk mereka merasa perlu kepada Islam?”
Saya
tertanya-tanya, hebat sangat kah Jepun?
Dalam
artikel tu Ustaz Hasrizal cuba untuk mengupas kembali tragedi kereta api Amagasaki
semasa tahun 2005. Tragedi yang mengorbankan 107 nyawa dan 562 orang lagi
cedera. Saat itu saya masih belum dapat hadam mengapa tragedi keretaapi yang
dia bahaskan. Sehinggalah saat pertama kali menjejakkan kaki ke sana melihat
bagaimana kompleksnya system keretapi dan betapa pentingnya ketepatan masa
mereka saya menjadi kagum sendirian.
Jepun bukan
negara biasa-biasa. Faham jugalah saya mengapa seorang sahabat bisa jatuh cinta
saat kali pertama ke sana. Sungguhpun mereka bukan sebuah negara Islam, tetapi akhlak
dan perilaku mereka jauh lebih baik dari kita yang muslim ini.
Dan dua perkara inilah yang akhirnya membawa saya ke sini, jauh beribu batu hanya kerana ingin melihat dengan
mata dan merasainya sendiri dengan hati.
April 2017 - Tokyo, Japan
No comments:
Post a Comment