Satu pagi
saat kami di Osaka, kawan saya mengomel
“Engkorang
ni asyik pergi temple je, bukan nak cari masjid”
Saya
tergelak sendirian, teringat Masjid Tokyo yang saya skip disebabkan kekangan
waktu, Masjid Kyoto (Kyoto Prayer Hall) yang kebetulan tutup berikutan cuti
golden week. Kecewa agaknya sebab dia betul-betul mahu menulis perihal makanan
halal dan muslim society di Jepun.
Lepas
berkira-kira kami sepakat untuk mengubah hala, mencari Masjid di sekitar bandar
Osaka. Dan pencarian itu membawa kami ke Cibune. Stesen keretaapi paling hampir
dengan Masjid Osaka. Sepanjang jalan kami bertemu dengan anak-anak kecil jepun
yang baru pulang dari sekolah.
Teringat
satu documentary yang pernah diceritakan oleh seorang kawan, bagaimana
selamatnya berada di Jepun sehingga warga Jepun begitu bersahaja membiarkan
anak-anak kecil seusia empat ke lima tahun pergi ke kedai seorang diri.
Lima minit
berjalan, kami sampai di hadapan Masjid Osaka. Kami ambil peluang untuk solat
jamak di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Hiroshima petang nanti. Usai
solat, kawan kami perkenalkan dengan Imam Masjid Osaka yang juga dari Malaysia.
Ustaz ini merupakan anak jati Kelantan, baru beberapa bulan berhijrah ke Osaka.
Terlalu jarang jumpa orang Malaysia di situ katanya, lalu diajaknya kami minum
teh berdekatan dengan kawasan Masjid.
Bercerita
perihal komuniti Islam dan makanan halal di sekitar Jepun. Ternyata bilanganya masih
terlalu sedikit. Ramai komuniti Islam yang tinggal berdekatan dengan Masjid
Osaka merupakan warga Indonesia dan Timur Tengah. Ada yang belajar, ada yang
bekerja dan berniaga.
Pertemuan
singkat tapi banyak yang kami belajar terutamanya perihal masyarakat Jepun.
Sungguhpun mereka baik dalam serba serbi masih ada lompong kosong yang belum
dipenuhi.
Dan angin
dari Sungai Kanzaki berhembus lembut. Menghantar kami pulang dengan seribu
kenangan tentang Osaka dan seisinya.
2 comments:
best kan thehehehehe imam tu dari Terengganu la rasanya
Dia belanja kebab sedappp..
Post a Comment