Petang itu
selepas menghabiskan masa di Mijayima Island kami pulang kembali ke Hiroshima's
Peace Memorial Park untuk mengambil bag dan barangan yang kami tinggalkan sedari
pagi. Tiket bas menuju ke Hakata pukul 6.35 petang. Sebab punctuality dekat
Japan ini lain macam, kami mengambil langkah selamat untuk datang lebih awal.
Jenuh pulak kalau ditinggal bas nanti.
Dengan
Confident dari Genbanku Dome-mae Station kami bergerak ke Hiroshima Station menaiki tram. Sampai
sahaja di stesen Hiroshima kami terus cari platform bas antarabandar. Peluh dah
merecik-recik, bawa bag nak dekat 20 kilo tapi platform bas masih tak
jumpa-jumpa. Saya dah mula panic.
Tanya-tanya
pada orang, rupa-rupanya stesen bas antarabandar memang terletak betul-betul di
hadapan Hiroshima's Peace Memorial Park. Saya tepuk dahi, padan nampak banyak
bas turun dari bangunan tu tadi.
Dari Stesen
Hiroshima kami berpatah balik ke Stesen Genbanku Dome-mae. Memang waktu tu saya
harap tram tu dapat bergerak sepantas Shikansen. Asal tram berhenti di
satu-satu stesen, saya tengok map. Dok kira berapa banyak lagi stesen kat
depan. Cemasnya Tuhan ajalah yang tahu.
Mungkin
kerap sangat tengok map, salah seorang lelaki jepun di sebelah menegur saya.
Tanya saya nak ke mana? Saya pun cerita la, kami rushing nak kejar bas dan
tersalah turun dekat Stesen Hiroshima. Dia pun gelak. Tak apa katanya, stesen
bas tu tak jauh dari tram station. Sementara nak sampai tu kami sempat
bersembang pasal Hiroshima dan Malaysia. Namanya Kenta, dia masih lagi study di
Hiroshima University. Pernah ke Malaysia sewaktu belajar di Thailand. Saya bagi
kad nama saya dan kak Huzai, in case kalau dia datang Malaysia bagitahu kami.
Kami boleh bawa tour around KL. Gittew semenjak dua menjak jadi Tour Guide ni,
semangat betul promote Malaysia kat orang luar.
Sampai je
dekat stesen Genbanku Dome-mae nanti, Kenta kata dia boleh tunjukan stesen bas
tu di mana. Kebetulan katanya dia nak turun dekat situ jugak. Saya dah rasa
bersalah. Tak pasti sama ada betul-betul dia nak turun kat situ ataupun apa.
Sebab pernah beberapa kali kami bertanya arah pada orang local. Dia punya
semangat nak tunjuk tempat tu sampai dah masuk dalam Train Station untuk naik
train, depa boleh keluar balik bawa kita tunjuk jalan. Kagum kejab dengan
attitude orang-orang jepun.
Memang station
tu tak jauh dari Tram Station, dari Hiroshima's Peace Memorial Park pun dah
boleh nampak. Kenta bawa kami sampai ke kaunter ticket dan tolong check kan
sekali platform kami di mana. Waktu tu ada setengah jam lagi sebelum berlepas. Fuh
lega!
Lepas ucap
terima kasih dan selamat tinggal, Kenta pun berlalu. Nak jumpa kawan katanya.
Kebaikkan Kenta ni betul-betul mengingatkan saya sewaktu trip kami kami ke
Turki dua tahun lalu (link).
Sungguh
orang baik tu masih wujud, kalau masih belum jumpa
Just be the
one lah!
No comments:
Post a Comment