Saturday, January 5, 2019

The Travel Project : Turki (Day 3) - Cappadocia

Berkurun nak ambil masa untuk start menulis balik cerita The Travel Project Turkey yang hampir dua tahun tergendala. So hari ini saya curik curik masa untuk kembali menulis dan menyiapkan apa yang telah saya mulakan dua tahun lalu.

Kesinambungan daripada last entri perjalanan ke Gorome mengambil masa lebih kurang 10 jam. Kami tiba di pekan Nevşehir lebih kurang pukul 7 pagi. Dari stesen bas Nevşehir, kami kemudiannya dibawa menaiki bas yang lebih kecil menuju ke Gorome yang mengambil masa lebih kurang 20 minit.





Pekan Gorome ini masih lagi dalam wilayah Nevşehir. Sampai sahaja di stesen bas, kami seakan hilang arah mencari-cari jalan untuk ke hostel. Di Gorome, kami menginap di Yasin's Place Backpackers Cave Hotel, merasai sendiri pengalaman tinggal di dalam bilik yang berbentuk gua asli. Penginapan sebegini memang sangat terkenal di daerah Cappadocia. Banyak gua-gua lama yang diubah suai menjadi hotel ataupun guesthouse.

Jadual bas ke daerah-daerah lain dalam Turki


Kalau rasa macam nak minum coklat panas sedap, boleh singgah Coffeedocia
Disebabkan kami tidak begitu pasti jalan untuk ke hostel, seorang staff hotel akan datang pick up kami di stesen bas. Pada awalnya kami menyangka dia akan datang mengambil kami menggunakan kereta mahupun van, namun nak tergelak dibuatnya apabila dia datang melenggang kangkung berjalan kaki. Rupa-rupanya Yasin's Place Backpackers Cave Hotel ini tersangatlah dekat. Hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit berjalan kaki.

Disebabkan kami tiba awal pagi, bilik masih belum ready dan ramai juga guest yang baru nak check out. Sementara menunggu, kami menghabiskan masa lepak di kafe hotel, bersarapan sambil merancang aktiviti seterusnya.

Nasib kami agak baik kerana staff hostel tersebut membenarkan kami untuk check in awal. Masing-masing dah serupa zombi tapi tetap excited untuk bermalam di dalam gua. Kami ambil kesempatan untuk mandi rehatkan badan dan tidur sebentar sebelum berjalan-jalan di sekitar kawasan Gorome pada sebelah petangnya.

Taraaaa, inilah bilik kami. Mujur dapat 4 katil sebilik.
Sejuk kot bermalam kat dalam gua ni. Nasib baik ada heater. Toilet kat luar kena share dengan guest lain

Dah hilang penat, kami ke Gorome Open-Air Museum yang terletak Lebih kurang 1.5 km daripada hotel tempat kami menginap. Dari hotel kami sekadar berjalan kaki sambil menghirup udara petang.

Rumah-rumah yang terdapat sekitar hotel

Welcome to Gorome gais!















Gorome Open-Air Museum merupakan muzium terbuka yang disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage sejak tahun 1984. Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya gereja, ruang makan, dapur dan beberapa buah bilik.

Nabila jadi pemandu pelancong kami




Tiket masuk berharga 20TL dan terdapat additional entrance fee untuk Black Church yang berharga 12TL. Tapi kami tak masuk pun Black Church tu, sekadar melihat daripada luar.


Setiap gereja ini dihiasi dengan pelbagai ukiran dan lukisan yang bermotifkan geometrical pattern, haiwan-haiwan mythtology, gambar Jesus dan juga Maryam. Di sesetengah gereja pengunjung tidak dibenarkan untuk menangkap gambar. 














Dekat sini juga terdapat kedai menjual barangan sovenier dan saya mengambil kesempatan untuk membeli poskad berharga 1TL



  


Puas bergambar kami pun berjalan pulang ke hotel. Waktu ni dah senja dan banyak kedai-kedai yang dah tutup. Kebetulan sewaktu tengah berjalan pulang terdapat seorang pekerja tempatan yang sedang menghalau kuda-kudanya untuk masuk ke dalam kandang. 





Dari jauh kedengaran derapan bunyi kuda berlari. Kami panik, risau dirempuh oleh kuda yang laju berlari. Azi dah Nabila sudah jauh ke depan, meninggalkan saya dan Kak Huzai di belakang yang leka mengambil gambar. Waktu tu saya dah tak fikir banyak, kami pun berlari sama. Sama lajunya dengan kuda, mencari tempat untuk berlindung. Hanya satu je yang terfikir, menyorok dibalik tiang lampu yang kebetulan terdapat di bahu jalan. Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku, masing-masing tergelak mengenangkan kisah dikejar kuda petang itu.










Sebelum pulang ke hostel, kami singgah makan malam di restoran berhampiran. Lepas makan malam kawan-kawan ajak pula lepak di Coffedocia. Nak minum coklat panas katanya. Saya memilih untuk mencuba kopi Turki. Selang beberapa minit datang pembantu kedai menghidangkan air minuman kami. Pertama kali order kopi di sini tidak menyangka cawannya sekecil itu. Harganya malah lebih mahal daripada segelas besar air coklat panas. Pekat dan likat yang rasa kopi Turki betul-betul melekat lama di tekak. Mujur ada manisan buat penghilang kelat.




Habis bersembang dan kopi secawan, kami pun pulang dengan harapan besar untuk melihat belon panas pada keesokan harinya. InsyaAllah akan saya sambung lagi nanti pada entri seterusnya.

Ringkasan perjalanan hari ke-tiga:
Goreme Open-Air Museum - Dinner - Coffedocia

Total expense:
Goreme Open-Air Museum: 20TL
Dinner: 15TL
Turkish Coffee: 7TL

End of Day 3.

No comments: