Saturday, July 18, 2020

Sesat di Malaysia | KL Eco Forest Park


Lama rasanya tak update post pasal travel. Cari mood kejap nak siapakan post Taiwan dengann Trans Jepun-Korea. Tapi disebabkan Covid-19 ni, kita simpan lah dulu cita-cita nak travel ke luar negara. Pusing dulu satu Malaysia gitu.


Actually dah lama merancang untuk ke KL Eco Forest ni, sini tapi disebabkan kekangan masa dan weekend yang selalu sahaja penuh maka plan tu tinggal plan sahajalah. Kebetulan minggu tu semua member-member pun free, kami pun terjah la KL Eco forest Park

Normally Masa tour Mike Bikes selalu je singgah dekat sini, tapi naik basikal lah. Bila drive rasa macam ingat-ingat lupa pulak jalan nak ke sini. Nak dekat 45min jugaklah, cari pintu masuk ke KL Eco Forest ni, maklumlah KL ni rasa macam taman permainan sedari kecil, berlagak tak nak guna waze hehehe.


Nak ke KL Eco Forest ni ada beberapa pintu masuk, tapi hanya dua sahaja yang dibuka kepada pengunjung iaitu yang berdekatan dengan Forestry Museum dekat Jalan Raja Chulan dan juga KL Tower. Jadi bagi yang membawa kenderaan saya sarankan anda untuk park di kawasan St John Institution dan daripada situ boleh berjalan kaki untuk ke pintu masuk KL Eco forest Park.

Kalau tak silap bermula daripada awal tahun ini KL Eco forest Park telah mengenakan  bayaran masuk sebanyak RM10 untuk  dewasa dan juga RM1 bagi kanak-kanak dan juga warga emas. 


KL forest Eco Park ini diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan Kekal sekitar tahun 1906 dan merupakan satu-satunya hutan dara yang masih tinggal dekat tengah bandar Kuala Lumpur. Antara tarikan utama dekat sini adalah canopy walk ataupaun titian silara setinggi 200 meter yang menghubungkan KL forest Eco Park dan Menara Kuala Lumpur.


Dulu-dulu kawasan Bukit Nanas ni dikenali sebagai Bukit Gombak. Nama itu diambil sempena nama Tok Batin yang menjadi penghulu Orang Asli di Hulu Kelang iaitu Tok Gombak. Bukit ini selalu menjadi tempat persinggahan Tok Gombak sewaktu berulang alik dari Hulu Kelang ke Kuala Klang dan sebaliknya. 


Bukit Gombak ni juga pernah dihuni oleh masyarakat Melayu Madailing dan menjadi kubu utama Raja Asal ketika Perang Saudara Selangor. Raja Asal dan pengikutnya menanam pokok nanas disekeliling kubu pertahanan dengan tujuan supaya pokok tersebut menjadi penghalang kepada musuh yang berkaki ayam.

Sekitar tahun 2013, kontraktor yang membaik pulih cerun runtuh di sekitar kawasan Bukit Nenas menjumpai terowong rahsia yang berusia ratusan tahun. Terowong tersebut digunakan untuk sebagai tempat menyimpan senjata, makanan dan juga harta benda selain menjadi laluan rahsia untuk keluar masuk menuju ke Sungai Klang dan lombong bijih timah di sekitarnya.


Setahu saya dekat sini pernah ada perkhidmatan cabel car, tapi discontinue sekitar 1980-an. Kami spend  lebih kurang dua jam untuk explore trail hutan yang ada disini. Kat sini juga antara best spot untuk korang ambil gambar berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur. 


Habis explore di kawasan KL forest Eco Park, korang boleh sambung untuk explore tarikan lain yang ada disekitar Menara Kuala Lumpur seperti KL Upside Down House, Blue Coral Aquarium KL Tower, KL Tower Mini Zoo ataupun singgah lunch ke minum petang dekat Revolving Restaurant KL Tower.


Habis explore kawasan ni, kami terus singgah makan dekat Kampung Baru pekena coconut shake dan ikan bakar. Kalau bosan hujung minggu bolehlah datang ke sini bawa family, insyaAllah sesuai sangat untuk aktiviti keluarga

No comments: