Monday, July 6, 2020

Wedding | Huzai & Eddie

Been awhile tak update update blog. So kali ni nak share gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan Kak Huzai dan Eddie di Sumira Place Titiwangsa. 

Actually Kak Huzai ni one my good friends who always say yes to my random adventure. So kalau scroll gambar-gamba lama memang penuh muka dia je sebab kami memang selalu travel sama-sama. So masa dia share dia dengan Eddie nak kahwin, semua orang excited dan saya offer diri untuk jadi photographer masa wedding dia. 

Selalunya kalau kawan-kawan rapat yang kawin, saya lebih suka menjadi tetamu. Bertenang-tenang dan bersosial dengan kawan-kawan lain. Biarpun ada masanya, bersosial itu bermaksud duduk disatu sudut sambil perati orang-orang yang datang dan pergi. Dan saya pun tak pernah terlintas nak shoot masa majlis perkahwinan dia. Apa yang selalu bermain-main dalam kepala saya adalah: belahan dunia yang mana  lagi nak heret kak huzai untuk travel sekali haha.

Tapi itulah kita merancang, Tuhan pun merancang. Selepas perjalanan yang sangat panjang, saya bersyukur, finally Kak Huzai jumpa apa yang dia cari.



Wedding Huzai & Eddie
Sumira Place Titiwangsa
Kuala Lumpur


For inquiries or booking, let's connect with us via email: norizan.syahnan@gmail.com
Do follow us on FB: artbynorizansyahnan and IG:  artbynorizansyahnan


No comments: