Monday, November 23, 2020

Sesat di Malaysia | Gunung Berembun Day Trip

Sebenarnya ini trip terakhir sebelum MCO, tapi disebabkan busy sangat dengan kerja tak sempat pun nak menulis pasal trip ni. Saya join trip ini pun last minute, tiba-tiba member call ajak join hiking Berembun tak sempat nak prepare apa-apa main redah dan follow buta-buta je.

Kami bertolak dari KL pukul 10 dan Bermalam di Masjid Kariah Pantai. Dengan lupa nak bawa sweaternya, nasiblah tidur dekat kaki lima masjid sementara menunggu waktu Subuh masuk. Masjid pantai ini memang selalu dijadikan meeting point bagi kebanyakkan pendaki untuk memulakan pendakian ke Gunung Berembun

Selesai solat Subuh kami pun sarapan digerai berdekatan dengan masjid sebelum menyambung perjalanan pintu masuk untuk mendapatkan permit masuk. Niat asalnya nak terus ke Telapak Buruk menggunakan 4WD dan kemudiannya sambung ke Gunung Berembun. Namun disebabkan track tu tidak dibuka kepada pendaki, terpaksalah kami bermula dari Loji Air Pantai

Permulaan track agak landai. Untuk pace moderate dalam 45 minit, tapi kalau pace lalalala macam kami dalam sejam juga nak sampai ke Lata Berembun.

Port ni yang paling saya suka, lighting dia on point!

Lata Berembun


Track lepas Lata Berembun ni mencabar sikit. Semuanya track pacak, ada la sikit yang landai. Semput juga dibuatnya. Dari Lata Berembun ke checkpoint ke-dua iaitu Gua Kambing mengambil masa dalam sejam.

Newbie dengan pro, nampak tak apa perbezaanya?


Memandangkan semuanya dah semput dan ini merupakan trip santai-santai kami decide kenduri kambing je dekat Gua Kambing. Masing-masing bawa keluar ration, saya cuma bawa maggi je yang ada, itu je yang sempat capai sebelum keluar rumah.

Kambing perap budak gunung, blur pulak nombor phone dia. Maklumlah tangan pakinson lepas mendaki haha

Chef of the day: Salleh and Sharul. Yang lain jadi pemerhati bebas tukang rasa makanan


Selesai makan tengah hari kemas barang-barang, kami pun turun kembali ke Lata Berembun untuk solat Zuhur dan berendam.

It's a wrap, InsyaAllah ada rezeki nanti boleh repeat sampai puncak dan Telapak Buruk pulak.

No comments: