“Letihnya hari ni, I dah tak larat” kata seorang teman
“Saya pun…” kami sama-sama meluahkan sambil menyiapkan lagi saki baki kerja yang tak habis-habis
Seminggu yang lalu, seorang kawan yang lainya turut bertanya “ijan kau okay ke?” Saya semacam tak dapat tangkap, mengenangkan banyak pertanyaan dia perihal kerja yang tak sempat saya balas.
“taklah, bukan pasal tu. Semua tu dah settle dah. Saja tanya
keadaan kau”
Saya termengeluh, letihnya dihujung hari Tuhan sahajalah yang tahu. Ada banyak hal yang datang menyesak-nyesak sehingga dada terasa sempit dan bahu terasa lebih berat dari biasanya.
Disember 2020 yang lalu, saya berharap dapat memulakan tahun dengan lebih baik. Baik dengan erti kata lain bertenang-tenang, belajar menjadi lebih manusia dan menikmati hari-hari dengan melakukan apa yang saya suka, menulis salah satu darinya. Dan dari hari ke sehari ingin menulis panjang tapi tak pernah berkesempatan.
Niat ingin menulis sepanjang Ramadhan ini pun selalu berakhir “Tak apalah, esok sahaja. Rehat dulu untuk hari ini”
Dan separuh Ramadhan pun berlalu pergi. Sesekejab itu ia berlalu, atau mungkin saja roda saya yang berputar terlalu laju hingga tidak sempat menikmatinya barang sejenak. Banyak harinya saya terdiam merenung sendiri,
“Untuk apa segala kelelahan ini kalau tidak ada Tuhan di hujungnya?”
Iya sesibuk apa pun kita, semoga sentiasa ada Tuhan didalamnya.
Dan moga-moga segala lelah itu juga bukan sesuatu yang sia-sia
Ramadhan 19, 1442H
Norizan Syahnan
No comments:
Post a Comment