Thursday, November 5, 2009

Hati ku gumbira!

Hari ini saya rasa
Sangat...sangat...sangat gembira
kerana dah habis presentation PSM
yea~!
Ok itu sahaja sekian terima kasih
Next...
Focus on final exam~!


Monday, October 26, 2009

1988 - 2009 = 21

Selamat Hari Jadi NORIZAN. Umur kamu sudah bertambah satu tahun lagi.


Aku agak terkejut apabila teman-teman In-Smartive merancang untuk membuat supprise party untuk aku, paan dan juga adam yang turut meraikan ulang tahun mereka pada bulan Oktober. 21 tahun aku hidup inilah pertama kali orang meraikan hari jadi aku. Simple but so sweet. Terima kasih sangat-sangat.

Acapkali bila tiba ulang tahun kelahiran, aku teringat akan seseorang

E M A K


Entah kenapa hati aku sangat terpanggil untuk menghubungi emak. Aku yakin emak pasti lupa. Telefon ku capai nombor emak ku dail. Di hujung sana kedengaran emak begitu ceria seperti selalunya. Bercerita tentang itu dan ini. Mulut aku terasa berat, namun ku luahkan juga:
“mak hari ni hari jadi jan”
“owh a’ah. Selamat hari jadi semoga panjang umur, murah rezeki” ucap emak
Lama aku senyap menahan sebak
“mak terima kasih eh lahir kan jan, besarkan jan. Jan minta maaf kalau ada buat salah silap ngan mak” air mata ku menitis
Dihujung talian kedengaran sayup suara emak “a’ah, tak pe mak maafkan”
“ok lah mak, kirim salam kat ayah eh, assalamualaikum” Makin lama, makin sebak aku dibuatnya segera talian ku putuskan

Terlepas jua apa yang terbuku di hati aku. 21 tahun aku simpan akhirnya hari ini aku ucapkan
T E R I M A K A S I H E M A K

Aku tak mahu bertangguh lagi kerana aku takut sekiranya tiada yang ke-22 buat aku. Terima kasih kerana melahir, membesarkan dan mendidik aku sehingga aku menjadi aku yang kini.

Mungkin ada yang mengatakan aku begitu bodoh dan sangat teruk. Mengambil masa selama 21 tahun untuk mengungkapkan 2 perkataan yang mudah. Tak kisah la apa yang mereka ingin katakan, yang pasti aku sudah melakukannya.

Buat teman diluar sana ungkapkanlah jika anda masih belum mengungkapkanya. Jangan tunggu sehingga hari esok kerana hari esok masih belum pasti buat kita. Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada, berbakti lah pada mereka selagi kita punya masa untuk berbuat demikian.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi ruang untuk aku terus merasi indahnya pelangi kehidupan, menikmati hangatnya mentari dan sejuknya rintik hujan untuk yang ke-21 ini.


p/s: thanks also to all my classmate for celebrating our birthday. Semoga ukhwah kita kekal selamanya.


Monday, October 5, 2009

Suprise Party...!

Balik sahaja dari Majlis Penutup eXpoconvo ’09 aku segera menyiapkan kad buat akila dan taqi. Yien, law dan rakan-rakan In-Smartive yang lain telah merancang untuk mengadakan surprise party untuk mereka berdua.
Setelah memerah otak mencari idea-idea untuk mereka bentuk, aku pun menyiapkan kad ucapan dengan barang-barang yang ada dalam simpanan. Tepat pukul 6.00 petang, everything is done! Just tinggal ucapan dari budak-budak In-Smartive je.

Hasilnya:







Rancangn bermula seawal 9.00 malam. Turut sama hadir, Prof dan isteri. Ternyata gimik kami menjadi. Akila dan Taqi terkejut sakan (ala-ala terkejut beruk) dengan surprise yang dirancang. Tahniah kepada pelakon-pelakon yang begitu menjiwai watak masing-masing. Antara pelakon yang menjayakan rancangan ini adalah:

Si Law Kok Sin
Zetty
Emy
Azi
Roomate Akila (lia, tia dan mira)
Khaliq
Yien
Zack








Malangnya aku telupa untuk mengajak achik, huhu achik I’m really sorry!

Sunday, October 4, 2009

I got the spirit!

Sebak, sayu, teruja…!

Melihat senior, senior ku yang sudah bergraduasi pagi ini, semangat aku kembali berkobar-kobar. Pagi ini merupakan hari kedua Majlis Konvokesyen Komemoratif &Konvokesyen ke-4 Universiti Malaysia Pahang yang buat pertama kalinya diadakan di Kampus Gambang.

Pada awalnya aku agak malas untuk menyaksikan majlis pagi ini, namun segera aku teringatkan janji ku pada angah yang akan ikut serta pada sesi kali ini. Sampai di Kompleks Sukan UMP, ibu bapa telah pun memenuhi ruang dewan dan aku lebih senang memilih tempat duduk dibahagian belakang.

Beberapa minit sebelum upacara bermula, ibu bapa yang masih berada di luar berebut untuk masuk ke dalam dewan. Di sebalik wajah-wajah itu ku lihat seorang bapa terkocoh-kocoh mengambil tempat duduk. Ditanganya, sejambak mawar merah dipeluk erat.
Betapa aku mengkagumi lelaki itu. Sejambak bunga hanyalah pelaburan yang kecil dibandingkan dengan kegembiranya seisi keluarga meraikan detik yang penuh bersejarah dalam hidup anaknya.

Hati aku sebak, lantas terbayang wajah ayah. Mungkinkah ayahku juga akan melakukan perkara yang sama tika waktu yang dinanti itu telah tiba? Aku tidak menginginkan bunga itu, kerana kedua orang tua ku telah mendidik aku menjadi sekuntum bunga yang dapat berbakti kepada si lebah dengan memberikan madunya, menenangkan manusia dengan haruman dan keindahanya.

Dan jika aku masih berkesempatan untuk tiba ke hari bersejarah itu, akan ku hadiahkan kejayaan ku kepada emak dan ayah yang banyak bekorban dalam membesarkan aku dan adik-beradik yang lain. Kebahagiaan dan kegembiraan mereka adalah hadiah yang paling indah buat aku.

Ya Allah bantulah aku….

Permudahkanlah jalan ku…


Majlis Konvokesyen Komemoratif & Konvokesyen Ke-4

Sunday, September 27, 2009

i misS my mum..!

baru je sampai UMP petang tadi....




dan sekarang...



saya




sangat....




sangat.....




sangat.....





rindu emak saya!!!!
huargh

Wednesday, August 26, 2009

Jangan Lupa Lirik

Hurm saatnya aku menaip entry ni, aku baru je balik dari supper dekat luar. Tiada apa yang menarik selain menghabiskan masa melepaskan tension selepas menghadapi test Sofware Testing. Duduk-duduk, lepak-lepak sambil menonton rancangan Jangan Lupa Lirik yang disiarkan di saluran Astro.

Ini kali kedua aku menyaksikan rancangan tersebut. Meluat, cemuih, muak aku melihat aksi-aksi pesertanya. Terkinja-kinja menarik perhatian ramai. Tidak kira lelaki mahu pun wanita. Dengan gaya pemakaian yang mencolok mata dan bermacam-macam lagi langsung tidak mencerminkan budaya ketimuran. Dan apabila tiba saat dimana peserta perlu memberikan lirik lagu yang dikosongkan, peserta berdebar-debar dan terkumat-kamit memohon pertolongan daripada Tuhan (jika memang benar itu yang mereka maksudkan).

Namun satu pertanyaan yang timbul dibenak ku, adakah mereka tidak malu memohon kepada Tuhan dalam keadaan yang sebegitu rupa? Dan adakah mereka benar-benar sedar akan apa yang telah mereka ucapkan (“,)?

Saturday, July 11, 2009

Pahala lebih…

Suatu malam, selepas solat maghrib

“mak lambat sangat adik sembahyang dulu”
“erm…, adik sembahyang berapa rakaat?”
“selalu sembahyang tiga rakaat, tapi mak lambat sangat, adik tambah satu lagi. Jadi empat. Nanti dapat pahala lebih”
Mak aku tercenggang…

…………………………………………………………………………………………………………………

Hahaha
Kan seronok kalau semua orang berebut untuk mendapatkan pahala lebih.

Sunday, May 31, 2009

Dunia yang sangat I.N.D.A.H

Aku tak pasti apa yang pelik dengan hari ini. Hari ini hari Ahad bersamaan 31 Jun 2009. Ramai orang berpusu-pusu keluar untuk berlibur ibu kota. Ada yang window shopping, tengok wayang , dating dan banyak lagi la.

Tapi yang pelik dan anehnya hari ini aku terserempak dengan banyak pasangan/group yang menggunakan bahasa isyarat seolah-olah bahasa isyarat ni dah jadi satu trend pulak. Yang aku tahu, mostly mereka yang menggunakan bahasa isyarat ni, sama ada mereka bisu ataupun pekak.

Dan ada beberapa kemungkinan yang terlintas kat fikiran aku:

1st : Mungkin manusia-manusia yang aku jumpa hari ini, merupakan bakal cikgu yang mengambil pendidikan khas dan sedang cuba mempraktikan apa yang mereka pelajari.
2nd : Atau pun mungkin juga mereka betul-betul pekak dan bisu.

Ha Jangan salah faham, aku bukannya merendah-rendahkan golongan ini! Tetapi aku sangat-sanagt teruja dan kagum melihat mereka menikmati hidup ini tanpa menjadikan kekurangan atau kelemahan mereka sebagai alasan untuk terus bersedih. Dunia ini tidak akan lengkap tanpa mereka. Syukur pada tuhan kerana menjadikan dunia ini begitu indah!

Thursday, May 28, 2009

Kisah adik beradik yang senget!

Che Wan: “adik dok kat mane erk?”

Achik: “a’ah kat mane erk….” (sambil berfikir)

Achik: “owh Bukit Beruntung…lupe plak!”

Che Wan: “a’ah Bukit Beruntung…along bukit beruntung….lalalala….lalala” (sambil menyanyi lagu along Bukit Beruntung)

Achik: “Bukit Beruntung banyak along erk?”

Adik: “hurm ntah la…tak pernah jumpa la pulak…nanti kalau orang jumpe, orang tangkap gamba dia erk!”

Achik: “senget!”
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Hehehe sebenarnye xde idea nak menulis! {^_~}

Monday, May 25, 2009

Transformasi Diri

Hurm mesti korang pelik baca tajuk entri aku kali ini. Bukan nak cerita pasal Transfomer atau pun robot yang ntah apa-apa tu. Tapi aku nak bercerita tentang program yang baru saja aku ikuti iaitu kem Tranformasi Diri Ke Arah UMP Terbilang.


Dari UMP kami ke Rompin

Pada awalnya aku rasa tension sangat, apa pasal la program ni buat dekat sangat dengan tarikh Konvensyen MPP. Ialah cuba bayangkan pening balik dari Batu Pahat tak hilang lagi, ditambah dengan sakit kaki turun naik tingkat empat untuk pindah barang lepas tu kena ikut pulak program ni. Memang gila-gila punya tension la.

Tapi masuk je hari pertama hati aku mula berubah. Aku lebih mengenali diri aku sendiri. Pelbagai input dan rahsia yang dikongsi oleh Prof. Dato’ Fazilah Kamsah selaku Fasilitator untuk program ini. Cara penyampaian Haji yang sangat santai dan sempoi membuatkan kami tak kering gusi. Antara Slot yang dikendalikan oleh beliau adalah: Analisis Kendiri Pemimpin Pelajar, Masalah & Cabaran untuk Transformasi serta Transformasi Diri Melalui Pemerkasaan Hubungan dengan Tuhan

Slot pada malamnya pula diganti dengan Ustaz Ebit yang juga merupakan konsultan di Excel Training. Kadang-kadang tu mengantuk juga aku dibuatnya, tapi cepat-cepat aku tahan mata untuk mengelakkan dari terlepas ilmu yang yang sangat-sangat bernilai.

Hari kedua di sana, kami diberikan pendedahan dalam menangani stress oleh Kak Rohani. Banyak masalah yang dikongsikan oleh peserta. Dalam slot ini, aku nampak para pemimpin yang hadir untuk program ini lebih terbuka untuk berkongsi masalah dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat diri mereka. Syabas aku ucapkan buat semua yang telah hadir program ini.


Kita sama dik!

Aku tersentuh saat Ustaz Ebit meminta aku untuk berkongsi pengalaman yang paling indah pernah aku lalui. Dan semestinya bagi seorang anak, tidak ada apa yang lebih bermakna daripada menghadiahkan sebuah kejayaan buat ibu dan bapanya.

Aku sendiri pelik, tiap kali aku bercerita tentang mak dan ayah pasti akan ada air mata yang bergenang. Saat bercerita soal kedua orang tua ku, aku menjadi begitu sensitif dan mudah menagis. Lantas aku ditegur oleh andak.

“Kita sama, andak pun macam tu jugak. Dalam family, andak anak pertama yang masuk U”

Aku diam tidak membalas. Dada ku sebak menahan tangis.

Cerita kita tidak akan sama! Biar pun sinopsisnya hampir serupa, kita tetap mempunyai jalan cerita yang berbeza. Masing-masing mempunyai wataknya yang tersendiri. Kita semua ditakdirkan bertemu, lalu terciptalah satu bahagian yang baru. Dan sudah semestinya kita-kita ini akan menjadi watak-watak sampingan dalam cerita yang lain. Begitulah pertaliannya.


Masa untuk berubah!

Program tiga hari dua malam itu telah pun berakhir. Aku sangat bertuah antara beribu mahasiswa di UMP, aku adalah antara yang terpilih untuk mengikuti program ini. Terima kasih kepada pengurusan UMP yang menghabiskan berpuluh ribu untuk pemimpin pelajar seperti kami. InsyaAllah segala ilmu yang aku dapat daripada program ini akan aku kongsikan bersama-sama teman yang lain. Dan kini masa untuk aku berubah!