Tuesday, October 25, 2011

Dua dan Tiga, Alhamdulillah

Terima kasih kepada Allah,
kerana masih memberi kesempatan untuk terus bernafas dan memperhambakan diri pada-Mu

Terima kasih kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 
kerana memberi nikmat dan rahmat walaupun kadangkala hati ini berpaling jauh melupakan-Mu

Terima kasih kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa 
kerana memberi akal yang cerdas untuk berfikir mana yang baik dan yang buruk biarpun kadang kala diri ini terlalu menurut nafsu.

Tunjukkanlah aku jalan yang lurus Ya Allah
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka
Bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai
Dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan pinjaman-Mu
Kelak hamba ini akan kembali
Kembali bertemu Mu
Sepertimana yang Engkau janjikan dahulu


Nota Kaki: Terima Kasih buat teman-teman yang sentiasa mendoakan aku. Semoga Allah makbulkan doa kalian. Ameen

No comments: