Thursday, October 6, 2011

Nota kecil buat mereka yang banyak berjasa...

Hampir 17 tahun aku menantikan saat ini
Alhamdulillah akhirnya segulung ijazah itu milik aku
Hadiah yang paling berharga buat emak dan ayah
yang tidak pernah jemu mendoakan kejayaan aku

Segala penat lelah dahulu telah terbayar kini
Terima kasih buat pensyarah-pesyarah UMP kerana banyak mengajar aku
Terima Kasih En Wan Syahril dan Pn Awanis yang banyak memotivasikan aku
Terima Kasih teman teman In-Smartive, kerana mengajar aku erti sebuah kehidupan
Terima Kasih adik beradik MPP, kerana mengajar aku erti sebuah tangungjawab
Terima Kasih teman-teman rapat yang sentiasa berada di sisi
Tetap besama saat aku jatuh dan sentiasa menghulurkan tangan
Saling memberi kekuatan untuk bangkit dan meneruskan pendakian
Pendakian menuju ke puncak kejayaan

Terima Kasih
Terima Kasih
Terima Kasih
Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.
Semoga ukhuwah yang dibina sepanjang perjalanan kekal berpanjangan

Hari ini pelangi itu milik kita
Ia bukan pengakhiran bagi sebuah penceritaan
Tapi permulaan bagi sebuah fasa kehidupan.


credit photo to yien

2 comments:

izzah said...

terima kasih tuk ko jgk

aZie 4eVa said...

tahniah ijan. may u success in yr life fil dunia wal akhirat. insyaAllah.. :)