Friday, December 23, 2016

The Travel Project : Turki (Day 1) - Istanbul

Untuk flight ke Turki, kami menggunakan Etihad Airway yang kebetulan tengah buat promo masa tu dapatlah harga dalam RM 1,800. Standard harga KL - Istanbul dalam RM 2, 000 ke atas. Tapi kalau rajin survey dekat Skyscanner, insyaAllah boleh dapat harga yang jauh lebih murah. Paling murah pernah saya survey RM 1, 260 for round trip menggunakan Turkish Airlines.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam dan kami transit di Abu Dhabi. Kami bertolak dari Malaysia sekitar 3:25 pagi (waktu Malaysia) tiba di Istanbul lebih kurang pukul 1 tengah hari. Sekadar info juga, waktu Turki lewat 5 jam daripada Malaysia.

Dari Istanbul Atatürk Airport kami menggunakan Metro untuk Zeytinburnu dan dari Zeytinburnu kami menggunakan tram untuk ke Gülhane iaitu stesen yang paling hampir dengan hostel kami.

Dekat stesen Metro ni jugak anda boleh membeli Istanbul Kart untuk kegunaan sepanjang di Istanbul. Harganya dalam 10 Turki Lira (TL) yang dimana di dalam kad tersebut mempunyai baki sejumlah 3TL. Sebenarnya kalau anda nak jimat, amat disyorkan agak berkongsi kad sahaja memandangkan kad tersebut valid for multiple person. Tapi kalau mahukan kenangan seperti kami, beli lah seorang satu ;)

Di stesen Zeytinburnu mahu menuju ke Gülhane


Saat kami tiba di Istanbul ni, orang baru sahaja selesai solat jumaat. Memang bersesak-sesaklah di dalam tram. Tabahkan ajelah.

Sepanjang berada di Istanbul, kami menginap di Istanbul Harmony Hostel. Kalau nak di ikutkan hostel ni dekat sangat dengan tram station. Keluar Tram, ke kiri dan jalan terus. Memang hostel tu exactly depan laluan tram.Memandangkan masing-masing pun tak berapa nak pandai baca peta maka sesat larat lah kami dalam mencari jalan ke hostel tersebut.

Rasa-rasanya adalah nak dekat 5 orang Turki yang kami tanya, semua nya ke laut. Bawa masuk celah lorong entah mana-mana, lepas tu tiba-tiba sampai restoran tempat dia kerja sebenarnya (Nak suruh kami singgah pekena kopi secawan lettew).

Kak Huzai dah geleng-geleng kepala tengok saya ikut mamat Turki tu bukan main laju. Akhirnya berjaya jugak jumpa biarpun mereka tak membantu sangat sebenarnya. Jadi pengajaran ya gais, jangan suka-suka hati ikut orang tempatan kalau di Istanbul. Tempat lain still acceptable (haha)

Istanbul Harmony Hostel

Selesai check in, receptionist pun tunjuk lah dorm kami. Nak dijadikan cerita hostel ni tengah buat renovation sikit, tukar tingkap bagai. Jadi hajat hati nak melepaskan lelah tak kesampaian, kami siap-siap solat terus keluar melihat-lihat sekitar kawasan Sultanahmet.

Tingkap tu tenganga belum pasang lagi 


Jadi destinasi pertama kami adalah Gülhane Park, sekitar 5 minit berjalan dari hostel. Yang bestnya kalau datang bulan April dan May banyak bunga Tulip sekitar Istanbul. Memang every year akan ada Tulip festival dekat sini.

Arca Mustafa Kamal Atartuk

Cat Woman in Istanbul?

Daripada Gülhane Park ikut jalan belakang boleh tembus ke Hagia Sophia

Daripada Gülhane Park kami berjalan-jalan terus ke Blue Mosque dan Hagia Sophia. Sepanjang lorong ni banyak kedai-kedai poskad dan barangan cenderahati. Harga oun quite reasonable jugak.




Blue Mosque terletak bertentangan dengan Hagia Sophia. Rasa speechless kejab bila tengok depan mata.





Sebelum pulang ke hostel kami singgah makan terlebih dahulu. Perihal makanan jangan risau, insyaAllah tersangatlah mudah cuma sesuai atau tidak je dengan tekak Malaysia

Balik tu kami terus book tiket bas untuk ke Goreme. Harga tiket 75TL sekali dengan transit daripada Sultanahamet ke Harem Terminal Istanbul. Staff dekat situ ajak kami bersosial dekat ruang makan tingkat atas hostel, ada makan malam di sediakan(bukan percuma ya). Biarpun dah kenyang kami pun layankan ajelah beramah-mesra dengan traveler lain yang menginap dekat situ jugak. Habis satu cup teh kami pun turun besiap-siap untuk esok.

Ringkasan perjalanan hari pertama:
Malaysia - Abu Dhabi - Istanbul - Gülhane Park - Blue Mosque - Hagia Sophia

Accomodation:
Istanbul Harmony Hostel

Total Expense: 154 TL
Istanbul Kart: 30 TL
Hostel: 35 TL
Dinner: 14 TL
Overnight Bus to Goreme: 75 TL

End of day 1
InsyaAllah sambung lagi nanti.

No comments: